Thursday, August 25, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Waj...ah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana? Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" " Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." "Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Sunday, August 7, 2011
Sunday, July 24, 2011
Seperti hari2 yang lalu, Hj. Rahim akan duduk sendirian di pondok buruk ditengah sawahnya. Kicauan merdu burung2 berhampiran pohon mempelam sekitar pondoknya tidak sedikit pun menceriakan hari tuanya. Sepi dan kesunyian, itu dia pasti.
“Pak Long, Adah bawak lepat pisang utk Pak Long, kita minum petang sama2 ye”. Hj. Rahim senym. Sa’adah tahu saja di mana hendak mencarinya. Memang anak yang baik dan boleh diharapkan. Hati kecil Hj. Rahim berbisik.
“Adah pegi rumah Pak Long td, 3 kali bg salam tp tak jawap. Adah dah tau kat mana nak cari Pak Long”, jelas Sa’adah tanpa di pinta. Lantas tangannya meletakkan bekas kuih berisi lepat pisang pemberian ibunya di atas lantai pondok Hj. Rahim. Kemudian mengambil termos air dan segera aroma harum kopi menusuk hidung. Segar.
Hj. Rahim senyum memerhatikan kelincahan Sa’adah melalukan kerjanya. Sa’adah bukan setakat ringan mulut malah tangan dan langkah kakinya juga begitu. Beruntung Hashimah mendapat anak begini. Kalau lah Azizah masih hidup lagi, pastinya layanan yang diterima akan seperti ini. Azizah juga anak yang baik namun usianya tidak panjang. Meninggal pada usia 21 tahun akibat kemalangan jalan raya. Satu keluhan kedengaran.
“Makanlah Pak Long, penat Adah buat. Istimewa untuk Pak Long. Lepas ni belum tentu Pak Long dapat rasa lepat pisang daripada Adah lagi”. Sa’adah menghulurkan lepat pisang pada Hj. Rahim. Pasti Pak Long mengenang kenangan lalu.
“Kenapa? Adah dah tak sudi nak hantar bekal utk Pak Long lagi ke? Kecik hati Pak Long”, Hj. Rahim berjenaka.
“Pak Long orang yang kedua adah bagi tau selepas mak.
“Adah dapat masuk universiti!” terang Sa’adah.
“Alhamdulillah, syukur. Orang pandailah katakan. Sejak Adah lahir lg Pak Long dah tau. Memang Adah akan masuk universiti satu hari nanti”. Hj. Rahim senyum lagi sambil tangannya mengambil lepat pisang.
“Pandai la Pak Long ni. Mana la Adah pandai sangat. Kalau pandai tak
“Kalau ambik SPTM baru dapat masuk universiti, tak bermakna Adah tak pandai. Bukankah itu akan membuatkan Adah lagi pandai. Banyak ilmu yang Adah dapat masa di tingkatan 6
“Dapat jurusan apa?” sambungnya.
“Bachelor in Social Study in University Technology of MARA, Shah Alam”, jawap Adah lancar.
“Amboi! Belum apa2 lagi dah speaking dengan Pak Long”, tawa kecil Hj. Rahim kedengaran. Terhibur seketika dengan telatah Sa’adah.
“Saja je Adah nak test Pak Long, ingat lagi ke tak zaman kegemilangan Pak Long masa jadi cikgu dulu”, balas Sa’adah.
“Zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan. Pak Long ingat semuanya”.
“Eh! Sorilah Pak Long, jangan terasa. Adah tak sengaja tadi”, Sa’adah memohon maaf apabila menyedari kesilapannya.
“Tak pelah Adah, Pak Long tak kisah”, balas Hj. Rahim perlahan. Sepi.
“Sudah lah tu, Pak Long dah nak balik. Solat Asar pun tak lagi, terlepas pulak karang. Kamulah ni Adah, ajak Pak Long berborak smp tak ingat masa. Lepat pun dah habis kamu makan”, gurau Hj. Rahim.
“Eh! Apa pulak Adah yang makan. Adah ambik satu je. Pak Long yang makan semua. Tengok, air kopi pun dah habis Pak Long minum”, balas Sa’adah tidak puas hati.
Hj. Rahim senyum. Lantas dia bangun mengambil kain pelekat lusuhnya di alang pondok. Lalu disangkutkan ke bahu kanan. Sa’adah mula mengemas bekas kuih dan termos air. Dimasukkan satu persatu ke dalam beg plastic yang dibawa bersama tadi.
“Malam ni mak ajak Pak Long makan kat umah tau. Mak kata nak masak special untuk Adah sempena dapat masuk universiti” kata Sa’adah sambil menuruti anak tangga.
“Insya’allah”, balas Hj. Rahim pendek.
Thursday, July 21, 2011
Sudah 3 hari Azrul memerap dalam rumah. Badannya seram sejuk dirasakan, dia demam. Azrul demam kerinduan. Setiap saat dia terbayangkan Emma. Bayangan Emma sentiasa di matanya. Kenangan manis bersama Emma menerpa ingatannya satu persatu. Ibunya berjanji akan datang malam ini menghantar bubur nasi untuknya apabila mengetahui dia demam. Sakit juga telinganya mendengar leteran ibunya sebab tak memberitahu tentang keadaannya yang tidak sihat. Dah lama dia tidak merasa bubur nasi ibunya. Terbayangkan bubur nasi, seleranya datang tiba-tiba. Memang dia tak makan apa-apa pun sejak semalam. Seleranya mati apabila terkenangkan Emma.
Ketukan di pintu mengejutkan lamunan. Azrul bangun malas2 dari sofa bersama2 selimut di badan. Pasti ibu sudah sampai, teka Azrul. Terkejut Azrul apabila terpandangkan Aina berdiri tersenyum dimuka pintu bersama2 beg kertas ditangannya.
“ Assalamualaikum..boleh saya masuk?” Aina menyapa dahulu.
“Wa’alaikumussalam, masuklah” Azrul masih lagi terpinga-pinga di muka pintu sambil memandang kiri kanan koridor rumahnya. Rasa malu menerpa dirinya apabila teringatkan yang dia tidak berbaju dan hanya mengenakan boxer sahaja. Aina buat2 selamba.
“Ibu awak tengah cari parking kat bawah tadi, dia suruh saya naik dulu hantarkan makanan. Kejap lagi dia naiklah” kata Aina seperti dapat membaca fikiran Azrul. Aina terus menuju ke dapur setelah dijemput Azrul, meletakkan bekal makanan di atas meja.
Belum pun sempat Azrul duduk, satu lagi ketukan di muka pintu berserta salam. Azrul terdiam seketika, bukan suara ibunya tapi suara lelaki. Sapa pulak yang datang malam-malam ni, Hakimi agaknya, teka Azrul. Dia segera bangun membuka pintu.
“Kami daripada Jabatan Agama Islam Selangor, kami mendapat aduan mengatakan di rumah bernombor B701 terdapat...”
“Tapi rumah saya nombor D701, encik salah blok ni, saya tinggal sorang je kat rumah ni” Azrul memintas apabila menyedari pegawai2 dari JAIS tersalah rumah.
“Tu siapa?” tanya seorang lagi pegawai sambil menunding jari kepada Aina.
“Itu...itu....” Azrul tergagap2. Dia terlupa yang Aina ada dirumahnya ketika itu.
“Boleh kami masuk? Saya nak tengok kad pengenalan dan surat nikah encik dan cik juga” kata pegawai yang mula2 tadi pada Azrul dan Aina. Azrul hanya mengangguk.
“Kami tak buat apa encik, saya cuma hantarkan makanan” kata Aina yang diam sejak tadi. Dia dapat mengagak apa yang bakal berlaku seterusnya. Pasti dia dan Azrul akan dibawa ke pejabat JAIS sebentar lagi.
Memang benar telahan Aina. Dia dan Azrul terpaksa mengikut pegawai2 tersebut ke pejabat JAIS apabila mereka gagal mengemukakan sijil nikah.
Puan Rahimah yang baru sampai pun terkejut dengan apa yang berlaku. Ketika dia sampai tadi, terlihat Aina sedang menangis sambil merayu2 pada pegawai JAIS, Azrul cuba menerangkan perkara yang sebenar kepada pegawai yang lagi satu, tapi tidak diendahkan mereka. Puan Rahimah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh pegawai JAIS, anaknya dan Aina berada dalam keadaan yang mencurigakan. Oleh kerana mereka gagal menunjukkan bukti perkahwinan maka mereka terpaksa dibawa ke pejabat agama. Tapi mahu tak mahu, dia terpaksa mengikut juga kehendak pegawai JAIS.
Sampai di pejabat agama, Aina sudah tidak lagi menangis tapi matanya merah dan bengkak akibat menangis sebentar tadi. Dia termenung teringatkan mak dan adiknya di kampung, pasti mereka malu kalau berita dia ditangkap khalwat tersebar satu kampung. Azrul juga sudah tidak bersuara, kepalanya terasa sakit akibat demam yang tidak kebah2. Baru sebentar tadi Pn. Rahimah dan suaminya tiba dan kini sedang berbincang dengan pegawai JAIS.
“Aina...” tegur Pn. Rahimah lembut. Dia duduk sebelah Aina dan mengenggam tangan Aina lembut.
“Mak cik dah berbincang dengan mak Aina, dan dia pun dah setuju” Pn. Rahimah memulakan bicara. Maknya sudah tahu, Aina jadi hiba.
“Aina kahwin dengan Azrul ye. Ni mak Aina di talian” Pn. Rahimah menghulurkan telefon bimbitnya pada Aina. Aina masih lagi kebingungan, dia mencapai telefon dari tangan Pn. Rahimah.
Tidak banyak yang dapat Aina perkatakan pada maknya. Sukar dia berkata2 dengan tangisan yang seakan2 tidak mahu berhenti, berkali dia memberitahu Pn. Zaleha bahawa dia tidak bersalah. Akhirnya Aina mengangguk lemah dan mengakhiri perbualan dengan emaknya. Pn. Rahimah meninggalkan Aina di situ menenangkan fikiran dan dia mendapatkan suami dan Azrul. Pasti suaminya sudah memberitahu Azrul tapi tiada apa2 reaksi daripada anak bujangnya itu. Dia tidak pasti dengan penerimaan Azrul tapi dia nekad. Azrul & Aina mesti disatukan, dia tidak mahu Aina terlepas ditangan orang lain. Bkn dia tidak perasan pandangan mata Hakimi sewaktu kali pertama melihat Aina dirumahnya dulu. Walaupun majlis akad nikah anaknya nnt bkn dalam keadaan yang diharapkan tapi dia akan membuat majlis kenduri besar-besaran untuk mereka nanti. Sememangnya Aina calon menantu yang dia idamkan.
"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka, jelas Siti Farah"
Wednesday, July 20, 2011
Ntah kenapa hari ni aku jadi jiwang karat plak, terngiang2 lagu Dato' CT ni. Aku suka senikatanya, janji seorang kekasih. Lagu ni ciptaan Azmeer & Senibayan bertajuk Di Sini Kuberjanji...Layannn...
Thursday, July 14, 2011
Seorang teman lama bertanya, "beb...blog hang xupdate ke? Aduhai teman, aku agak kesibukan di kala ini... Agak sukar rupanya utk meneruskan aktiviti berblog ini. Namun ku teruskan jua, seperti kata pepatah moden, terlajak kereta boleh di U turn, terlajak create blog teruskan jugak...(x sesuai nyah... Mmg perosak bahasa)
Monday, June 6, 2011
Dah lama sangat aku tak menjenguk blog yang dah sememangnya sunyi sepi ni. Untuk post kali ni, aku letakkan gambar terbaru anak aku yang ke-2. Alhamdulillah, lahir secara normal pada 8 Februari 2011, di Hospital Sg. Buloh ditemani suami tersayang.