Kesian aku tengok adik beradik kat umah tu. Dua-dua diserang batuk. Kalau Si Abang tu boleh la aku bagi ubat, yang Si Adik ni camne plak? Umur baru 5 bulan, suara pun dah bertukar macam itik serati.
Maka ibu pun dengan semangatnya berusaha mencari info untuk menghilangkan batuk si anak. Memetik sedikit daripada artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mengenai teknik cupping
"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi."Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka, jelas Siti Farah"
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik kat
sini.
Semalam dah cuba wat tapi macam kurang berjaya mungkin caranya salah kot. Takpe, hari ni ibu cuba lagi.
Yang bestnya, Hafiz semalan ajak pergi hospital sebab katanya dia batuk. Yelah Hafiz, nanti kita gi hospital ye. Hafiz kalau sakit memang senang dijaga, nak makan ubat pun takde masalah. Sedangkan masa dia cirit birit dulu pil chek kit tek aun tu dia bleh kunyah, inikan pulak ubat batuk yang cair tu. Tapi ubat batuk Hafiz agak special skit buatannya sbb made by ibu. Campuran limau kasturi sebiji, madu tualang sesudu n ubat batuk sesudu, sehari dua kali. Cuma pagi ni ibu lupa nak wat ramuan ubat batuk tu untuk Hafiz, I'm sorry.....