Friday, November 26, 2010

Kau Kekasihku - 3

Sudah sebulan lebih Aina bekerja dengan Makcik Rahimah. Gaji pertama yang diterimanya dulu, digunakan untuk membeli handphone. Satu diberikan kepada emaknya di kampung dan satu lagi untuk kegunaan dirinya. Dia hanya membeli handphone yang murah2 sahaja, sekadar untuk mendengar suara ibunya dan bertanya khabar, itu sudah cukup bagi Aina. Setakat ini kebajikannya sentiasa dijaga sempurna oleh Makcik Rahimah. Hana pun sudah menanggap dirinya seperti kakak sendiri. Sesekali Aina akan membantu Hana melakukan kerja sekolahnya. Kak Iffa telah selamat melahirkan anak lelaki dua minggu lepas. Makcik Rahimah juga telah mengupah seorang lagi pekerja di butiknya. Jadi Aina akan bergilir-gilir bekerja dengan Shida, pembantu butik yang baru.

Petang itu keadaan rumah Makcik Rahimah riuh rendah. Semua anak-anaknya, menantu dan cucu ada bersama. Mereka makan tengahari bersama-sama. Makcik Rahimah sengaja menyuruh Aina masak asam pedas sayur keladi. Akmal dan Maria tak habis-habis memuji keenakan masaknnya. Azrul juga mengakuinya di dalam hati. Hana dan Aina seronok melayan karenah dan keletah Naqem, cucu Makcik Rahimah yang berumur 2 tahun.
Sedang seronok bermain-main diluar, Naqem berlari mendapatkan mamanya.

“Mama..mama..tui ya kan?” kata Naqem dengan pelat2nya.

“Betul apa, sayang?” tanya Maria kehairanan. Semua yang dari tadi sedang rancak berbual memberi tumpuan pada Naqem.

“Tui ya Qem shakap, tu Mak Ngah Aina, kan.. kan? Maksu shakap tu Auntie Aina” kata Naqem lagi bersungguh-sungguh sambil menunding jari kearah Aina. Aina sendiri kehairanan dan memandang Hana.

“Betul la Maksu cakap, Naqem yang cakap tak betul, kan Kak Aina” jawap Hana, sengaja cari gaduh dengan Naqem. Aina mengangguk.

“Tak...Qem yang tui” balas Naqem tidak mengaku kalah.

“Naqem..kalau tu Makngah, sapa pulak Pakngahnya?” Maria berkata mengharapkan Naqem tidak salah faham.

“Pakngah Yui la, kalau tu Pakngah ni mestilah Makngah, kan mama?” semua yang ada ketawa mendengar penjelasan Naqem kecuali Aina yang merah padam mukanya. Dengan mamat kerek tu, tak ingin aku. Kalau aku kawin dengan dia mesti muka anak aku cam muka tension dia tu.

“Makngah pun makngah la, Maksu suka je” balas Hana kemudian.

“Hana!” jerit Aina dan terus mengejar Hana yang sedang lari menuju ke halaman rumah. Naqem pun turut sama berlari mengejar mereka sambil menjerit nama Aina dengan gelaran makngah.

“Dengar tu Rul, anak buah kau sendiri dah tak sabar nak tengok kau kawin apatah lagi ibu ni” Makcik Rahimah memulakan topik yang paling tidak digemari Azrul. Kalau dengan budak kampung tu, tak ingin la aku. Baru pandai masak dah ada hati nak jadi bini aku, Emma tu nak campak mana. Fikiran Azrul menerawang memikirkan Emma. Akhirnya semalam dia dapat juga maklumat terbaru tentang Emma. Emma akan pulang ke tanah air minggu depan. Nombor telefon baru Emma juga telah dia perolehi. Semalam masa dia telefon, tiada jawapan, mungkin Emma tengah tidur. Malam nanti dia akan cuba lagi.

“Tengok tu bang, saya cakap dia buat tak faham je” adu Makcik Rahimah pada suaminya.

“Biar la, hal jodoh anak-anak ni biar diorang sendiri yang tentukan. Sampai masanya nanti, kawin la dia” Pakcik Lokman membela Azrul. Dia kurang berkenan dengan sikap isterinya yang suka menentukan jodoh anak-anaknya. Nasib baik Akmal cepat menunjukkan bakal isterinya pada Rahimah, kalau tidak tak tahu la dengan siapa Akmal hendak dijodohkannya.

Azrul berterima kasih pada ayahnya kerana memahami. Akmal dan Maria dah lama angkat kaki ke halaman rumah menandakan tidak mahu masuk campur.

“Kalau dibiarkan, entah bila tahun la si Azrul ni nak kawin bang. Umur tu bukannya muda lagi. Dah masuk 28 pun. Ayah kau ni dulu, umur 24 dah kawin tau. Cuma rezeki nak dapat anak je yang lambat” bebel Makcik Rahimah lagi.

“Releksla ibu, nanti bila dah sampai masanya Rul bawak balik menantu mak tu ye. Rul nak pergi tengok moto la” Azrul cuba melarikan diri. Lagi lama dia di situ, makin pedih telinganya. Baik dia tengok moto kesayangannya di garaj belakang.

Dari jauh ibunya membebel, seperti biasa ayahnya akan menjadi mangsa. Tapi ayah dah biasa dengan itu semua, sekejap lagi ibunya akan senyap.

Motosikal kesayangannya elok berselimut di dalam garaj. Walaupun dia tidak menunggang motosikal itu lagi tapi dia akan sentiasa memastikan ianya berkeadaan baik. Mana tahu boleh digunakan pada masa-masa kecemasan. Dia tak berani nak bawa ke apartmentnya, takut tinggal tayar je nanti. Dan banyak kes kecurian motosikal didengarinya dan dia tak mahu nasib yang sama menimpa motosikalnya. Azrul membuka selimut dan menghidupkan motonya. Nasib baik sekali start dah hidup, maknanya masih lagi berkeadaan baik.
Hana mengajak Naqem dan menarik tangan Aina ke garaj belakang bila terdengarkan bunyi ngauman motosikal abangnya. Aina hanya mengikut. Sepanjang dia berada di rumah Makcik Rahimah, tak pernah dia tahu di rumah tersebut ada menyimpan sebuah motosikal, dia sendiri tak pernah masuk ke garaj tersebut.

Sewaktu Hana, Naqem dan Aina sampai di garaj, kelihatan Azrul sedang menyorong motosikalnya keluar dari garaj. Sambil memanaskan enjin, Azrul mengelap cermin sisi motosikalnya. Aina berasa kagum, dia kenal motosikal tersebut. Dah lama dia berangan-angan menaiki motosikal tersebut. Aina berdiri betul-betul sebelah motosikal.

“Wah! Fireblade...” bisik Aina perlahan tapi masih dapat didengari Azrul. Tahu juga budak kampung ni pasal hal-hal moto. Ingat tahu masak je, kata hati kecil Azrul.

“Siapa nak naik?” jerit Azrul, mematikan lamunan Aina.

“Taye!” Jerit Naqem melompat-lompat sambil menanggkat tangan.

“Maksu pun nak jugak” kata Hana sengaja nak cari gaduh dengan Naqem.

“Makcu cibuk je, makcu tak payah. Meh la naik mak ngah” ajak Naqem pada Aina. Aina terkejut dengan ajakan Aina. Betapa teringinnya Aina untuk turut serta tapi buat malu je nanti. Dah la nak naik ngan mamat kerek ni, tak ingin aku, kata Aina dalam hati.

“Ah..Maksu tak kira. Nak ikut jugak” kata Hana terus memanjat motosikal Azrul. Naqem dah lama naik membonceng di belakang Azrul, sekarang dia tersepit di tengah antara Azrul dan Hana.

“Tak muat la makcu, makcu demuk ni” marah Naqem pada Hana.

Azrul buat-buat tak dengar pertelingkahan adik dan anak buahnya. Budak-budak bukannya boleh diikutkan sangat, fikir Azrul. Seelok saja motosikal berjalan, Naqem terus senyap memeluk Azrul. Apabila melintas depan papa dan mamanya dia melambai-lambaikan tangan. Hana saja yang bising mulutnya terjerit-jerit sambil mendepangkan kedua-dua tangannya. Jeritan Hana membuatkan Pakcik Lokman dan Makcik Rahimah keluar menjenguk ke luar. Terdengar suara Makcik Rahimah memarahi Hana kerana menjerit. Aina memandang rasa terhibur. Kemeriahan keluarga Makcik Rahimah mengingatkannya pada emak dan Aizat di kampung. Baru semalam dia menghubungi emaknya. Seperti biasa, emaknya sihat dan sibuk menyiapkan tempahan baju, keputusan SPM Aizat akan keluar minggu depan. Mudah-mudahan Aizat mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat menyambung pengajian ke universiti. Tiada pula perkabaran tentang bapanya, maknanya semenjak dari kejadian dulu, bapanya memang tidak pulang ke rumah lagi. Rindunya pada emak, bila agaknya Aina dapat balik menjenguk emak di kampung, tanya Aina di dalam hati. Mungkin minggu depan dia boleh mohon cuti daripada Makcik Rahimah untuk pulang ke kampung.
Deringan telefon bimbitnya mengejutkan lamunan. Bila terpandangkan nama yang tertera pada skrin telefonnya, Aina tersenyum gembira. Entah kali ke berapa Hakimi menghubunginya sejak dia mempunyai telefon bimbit. Setiap kali Aina senang dengan panggilan atau pun SMS daripada Hakimi. Adakah itu cinta? Aina sendiri tidak pasti dan tidak mahu memikirkannya lagi, bukan sekarang masanya.

*****

Azrul sengaja pulang awal dari rumah ibunya. Niatnya tiada lain hanyalah untuk menghubungi Emma. Kalau di rumah ibunya, dia pasti dia tidak berkesempatan. Jenuh juga dia tahan telinga mendengar bebelan ibunya yang melarang dia pulang awal. Selepas dia berjanji akan tidur di rumah ibunya minggu hadapan, barulah ibunya senyap. Turut dibekalkan asam pedas sayur keladi lebihan tengahari tadi dan sedikit lauk untuk makan malam, nasi dia akan masak sendiri nanti. Bukan susah guna periuk nasik elektrik.

Selepas membasuh beras dan meletakkannya diatas dapur, Azrul ke ruang tamu sambil mendail talian telefon Emma. Masih tiada jawapan dan akhirnya operator yang menjawap panggilannya. Azrul hampir putus asa, tapi kali ke 4 dia mencuba akhirnya berjaya.

“Hello” hati Azrul berbunga kembali. Senyap dan Azrul masih menanti.

“Hello...Emma?” Azrul tidak sabar mendengar suara yang amat dirinduinya.

“Azrul..”lembut suara Emma menyapa telinga Azrul. Indahnya dirasakan saat itu. Walaupun hanya sedikit yang didengarinya tapi cukup untuk menerbangkan Azrul melayang ke sisi Emma saat itu.

“Hai! Sayang..I missed you so much. Mana you menghilang ni? I call you macam nak giler. Kenapa tak reply sms atau email I? Tukar number phone pun tak inform. U tak kesian kat I ke? Seksa I menanggung rindu tau” merayu-rayu suara Azrul menggambarkan betapa rindunya pada Emma.

“I...I’m so sorry Azrul” balas Emma

“I dengar u nak balik next week? I jemput u kat KLIA nanti ye. Dah lama tak tengok u. Really missed you, my dear” tutur Azrul lagi, tidak jemu mengatakan kerinduannya pada Emma.

“Tak payah la susah2, Rul. My family akan datang jemput I nanti” Emma menolak lembut.

“Untuk u, Sayang, I tak pernah rasa susah. Lagi pun dah lama I tak jumpa family u. Kenapa U macam tak excited je nak jumpa I?” Azrul mula merasa curiga.

“Actually, I ada hal nak cakap dengan you. I...I...” Emma merasa sukar untuk meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

“I tau. U rindu kat I kan? Saja nak suprise I la ni” gurau Azrul.

“No, bukan. Actually I think our relationship dah takde future. I don’t wanna go on anymore. Anggap la antara kita dah tiada apa-apa hubungan lagi. You n I...” belum sempat Emma menghabiskan ayatnya, Azrul memotong.

“You jangan main2 la Emma. I tau dari dulu lagi u memang suka suprise kan I” Azrul tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.

“Azrul! Listen to me. I don’t wanna go on with you anymore. I’ve met someone else. Thank you for all the years that we have been through together. Good bye, Azrul and please jangan cari I lagi” Emma terus mematikan talian.

“But why?” soal Azrul sendirian. Tanpa angin, tanpa ribut tiba-tiba Emma meminta perpisahan. Apa salahnya? Takkan kerana dia pulang ke Malaysia lebih awal menyebabkan Emma berubah hati sedangkan Emma sendiri yang beria-ia mahu dia pulang dahulu ke Malaysia dan Emma akan menyusul kemudian, itu janji Emma. Azrul tidak mengerti.

*****

Hidup Azrul sudah tidak karuan. Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kerja2nya. Permintaan Emma tempoh hari benar2 menganggu fikiran. Selepas perbualan mereka hari tu, Azrul sentiasa cuba menghubungi Emma dan setiap kali panggilannya tidak terjawap.

Hari ini Azrul nekad, dia akan menunggu Emma di KLIA pagi ini. Selepas mendapatkan maklumat daripada keluarga Emma tentang jadual penerbangan Emma semalam, Azrul terus memohon cuti daripada majikannya. Walaupun dia tahu penerbangan Emma dijangka tiba pada jam 10.30 pagi tp jam 7.00 dia sudah terpacak di ruangan menunggu KLIA.
Tepat jam 10.00 tapi Azrul masih lagi tidak nampak kelibat ahli keluarga Emma. Mungkin mereka menunggu di tempat lain. Perutnya sudah mula bernyanyi riang. Baru dia teringat yang dia belum lagi bersarapan. Azrul terpandangkan restoren makanan segera Dunkin Donut lantas menuju ke situ mencari donut kegemarannya untuk dijadikan sarapan. Keluar dari restoren tersebut matanya tertumpu pada riuh rendah suara di sebelah kanan tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia terpandangkan sesusuk tubuh yang sangat dikenali. Sesorang gadis yang dia amat rindui. Azrul tersenyum gembira. Langkah Azrul terhenti apabila terpandangkan gadis tersebut memeluk pingang seseorang, memperkenalkan lelaki tersebut kepada ahli keluarga yang hadir. Azrul kecewa.

Sampai hati kau Emma, rintih Azrul.

Hari ni aku telah melakukan transformasi kat blog ni. Aku tgk blog aku ni gelap gelita (kata seorg rakan) so, aku pun cuba utk menceriakannya. Mayb masa aku create blog ni, hati aku tgh 'bergelap' kot, mcm kulit aku gak. Aku tgh xde idea nak menulis ni, so ok tak transformasi blog ni?

;;