Sunday, July 24, 2011

Erti Sebuah Kemaafan - 1

Seperti hari2 yang lalu, Hj. Rahim akan duduk sendirian di pondok buruk ditengah sawahnya. Kicauan merdu burung2 berhampiran pohon mempelam sekitar pondoknya tidak sedikit pun menceriakan hari tuanya. Sepi dan kesunyian, itu dia pasti.

“Pak Long, Adah bawak lepat pisang utk Pak Long, kita minum petang sama2 ye”. Hj. Rahim senym. Sa’adah tahu saja di mana hendak mencarinya. Memang anak yang baik dan boleh diharapkan. Hati kecil Hj. Rahim berbisik.

“Adah pegi rumah Pak Long td, 3 kali bg salam tp tak jawap. Adah dah tau kat mana nak cari Pak Long”, jelas Sa’adah tanpa di pinta. Lantas tangannya meletakkan bekas kuih berisi lepat pisang pemberian ibunya di atas lantai pondok Hj. Rahim. Kemudian mengambil termos air dan segera aroma harum kopi menusuk hidung. Segar.

Hj. Rahim senyum memerhatikan kelincahan Sa’adah melalukan kerjanya. Sa’adah bukan setakat ringan mulut malah tangan dan langkah kakinya juga begitu. Beruntung Hashimah mendapat anak begini. Kalau lah Azizah masih hidup lagi, pastinya layanan yang diterima akan seperti ini. Azizah juga anak yang baik namun usianya tidak panjang. Meninggal pada usia 21 tahun akibat kemalangan jalan raya. Satu keluhan kedengaran.

“Makanlah Pak Long, penat Adah buat. Istimewa untuk Pak Long. Lepas ni belum tentu Pak Long dapat rasa lepat pisang daripada Adah lagi”. Sa’adah menghulurkan lepat pisang pada Hj. Rahim. Pasti Pak Long mengenang kenangan lalu.

“Kenapa? Adah dah tak sudi nak hantar bekal utk Pak Long lagi ke? Kecik hati Pak Long”, Hj. Rahim berjenaka. Cuba menghidupkan suasana.

“Pak Long orang yang kedua adah bagi tau selepas mak. Ada berita gembira ni” Sa’adah masih cuba berteka-teki. Hj. Rahim tetap diam dan tersenyum.

“Adah dapat masuk universiti!” terang Sa’adah.

“Alhamdulillah, syukur. Orang pandailah katakan. Sejak Adah lahir lg Pak Long dah tau. Memang Adah akan masuk universiti satu hari nanti”. Hj. Rahim senyum lagi sambil tangannya mengambil lepat pisang.

“Pandai la Pak Long ni. Mana la Adah pandai sangat. Kalau pandai tak kan Adah kena ambil SPTM dulu. Kawan2 adah yang lain, ramai yang habis SPM terus dapat masuk universiti. Adah jugak yang ketinggalan”, jelas Sa’adah kesayuan.

“Kalau ambik SPTM baru dapat masuk universiti, tak bermakna Adah tak pandai. Bukankah itu akan membuatkan Adah lagi pandai. Banyak ilmu yang Adah dapat masa di tingkatan 6 kan?. Takde beza Adah dengan kawan2 yang lain, sama2 menuntut ilmu”, terang Hj. Rahim.

“Dapat jurusan apa?” sambungnya.

“Bachelor in Social Study in University Technology of MARA, Shah Alam”, jawap Adah lancar.

“Amboi! Belum apa2 lagi dah speaking dengan Pak Long”, tawa kecil Hj. Rahim kedengaran. Terhibur seketika dengan telatah Sa’adah.

“Saja je Adah nak test Pak Long, ingat lagi ke tak zaman kegemilangan Pak Long masa jadi cikgu dulu”, balas Sa’adah.

“Zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan. Pak Long ingat semuanya”.

“Eh! Sorilah Pak Long, jangan terasa. Adah tak sengaja tadi”, Sa’adah memohon maaf apabila menyedari kesilapannya.

“Tak pelah Adah, Pak Long tak kisah”, balas Hj. Rahim perlahan. Sepi.

“Sudah lah tu, Pak Long dah nak balik. Solat Asar pun tak lagi, terlepas pulak karang. Kamulah ni Adah, ajak Pak Long berborak smp tak ingat masa. Lepat pun dah habis kamu makan”, gurau Hj. Rahim. Cuba menghidupkan kembali suasana.

“Eh! Apa pulak Adah yang makan. Adah ambik satu je. Pak Long yang makan semua. Tengok, air kopi pun dah habis Pak Long minum”, balas Sa’adah tidak puas hati.

Hj. Rahim senyum. Lantas dia bangun mengambil kain pelekat lusuhnya di alang pondok. Lalu disangkutkan ke bahu kanan. Sa’adah mula mengemas bekas kuih dan termos air. Dimasukkan satu persatu ke dalam beg plastic yang dibawa bersama tadi.

“Malam ni mak ajak Pak Long makan kat umah tau. Mak kata nak masak special untuk Adah sempena dapat masuk universiti” kata Sa’adah sambil menuruti anak tangga.

“Insya’allah”, balas Hj. Rahim pendek.

Lalu keduanya berjalan beriringan meninggalkan pondok buruk di tengah sawah.

0 Comments:

Post a Comment