Thursday, July 21, 2011

Kau Kekasihku - 4

Sudah 3 hari Azrul memerap dalam rumah. Badannya seram sejuk dirasakan, dia demam. Azrul demam kerinduan. Setiap saat dia terbayangkan Emma. Bayangan Emma sentiasa di matanya. Kenangan manis bersama Emma menerpa ingatannya satu persatu. Ibunya berjanji akan datang malam ini menghantar bubur nasi untuknya apabila mengetahui dia demam. Sakit juga telinganya mendengar leteran ibunya sebab tak memberitahu tentang keadaannya yang tidak sihat. Dah lama dia tidak merasa bubur nasi ibunya. Terbayangkan bubur nasi, seleranya datang tiba-tiba. Memang dia tak makan apa-apa pun sejak semalam. Seleranya mati apabila terkenangkan Emma.

Ketukan di pintu mengejutkan lamunan. Azrul bangun malas2 dari sofa bersama2 selimut di badan. Pasti ibu sudah sampai, teka Azrul. Terkejut Azrul apabila terpandangkan Aina berdiri tersenyum dimuka pintu bersama2 beg kertas ditangannya.

“ Assalamualaikum..boleh saya masuk?” Aina menyapa dahulu.

“Wa’alaikumussalam, masuklah” Azrul masih lagi terpinga-pinga di muka pintu sambil memandang kiri kanan koridor rumahnya. Rasa malu menerpa dirinya apabila teringatkan yang dia tidak berbaju dan hanya mengenakan boxer sahaja. Aina buat2 selamba.

“Ibu awak tengah cari parking kat bawah tadi, dia suruh saya naik dulu hantarkan makanan. Kejap lagi dia naiklah” kata Aina seperti dapat membaca fikiran Azrul. Aina terus menuju ke dapur setelah dijemput Azrul, meletakkan bekal makanan di atas meja.

Belum pun sempat Azrul duduk, satu lagi ketukan di muka pintu berserta salam. Azrul terdiam seketika, bukan suara ibunya tapi suara lelaki. Sapa pulak yang datang malam-malam ni, Hakimi agaknya, teka Azrul. Dia segera bangun membuka pintu.

“Kami daripada Jabatan Agama Islam Selangor, kami mendapat aduan mengatakan di rumah bernombor B701 terdapat...”

“Tapi rumah saya nombor D701, encik salah blok ni, saya tinggal sorang je kat rumah ni” Azrul memintas apabila menyedari pegawai2 dari JAIS tersalah rumah.

“Tu siapa?” tanya seorang lagi pegawai sambil menunding jari kepada Aina.

“Itu...itu....” Azrul tergagap2. Dia terlupa yang Aina ada dirumahnya ketika itu.

“Boleh kami masuk? Saya nak tengok kad pengenalan dan surat nikah encik dan cik juga” kata pegawai yang mula2 tadi pada Azrul dan Aina. Azrul hanya mengangguk.

“Kami tak buat apa encik, saya cuma hantarkan makanan” kata Aina yang diam sejak tadi. Dia dapat mengagak apa yang bakal berlaku seterusnya. Pasti dia dan Azrul akan dibawa ke pejabat JAIS sebentar lagi.

Memang benar telahan Aina. Dia dan Azrul terpaksa mengikut pegawai2 tersebut ke pejabat JAIS apabila mereka gagal mengemukakan sijil nikah.

Puan Rahimah yang baru sampai pun terkejut dengan apa yang berlaku. Ketika dia sampai tadi, terlihat Aina sedang menangis sambil merayu2 pada pegawai JAIS, Azrul cuba menerangkan perkara yang sebenar kepada pegawai yang lagi satu, tapi tidak diendahkan mereka. Puan Rahimah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh pegawai JAIS, anaknya dan Aina berada dalam keadaan yang mencurigakan. Oleh kerana mereka gagal menunjukkan bukti perkahwinan maka mereka terpaksa dibawa ke pejabat agama. Tapi mahu tak mahu, dia terpaksa mengikut juga kehendak pegawai JAIS.

Sampai di pejabat agama, Aina sudah tidak lagi menangis tapi matanya merah dan bengkak akibat menangis sebentar tadi. Dia termenung teringatkan mak dan adiknya di kampung, pasti mereka malu kalau berita dia ditangkap khalwat tersebar satu kampung. Azrul juga sudah tidak bersuara, kepalanya terasa sakit akibat demam yang tidak kebah2. Baru sebentar tadi Pn. Rahimah dan suaminya tiba dan kini sedang berbincang dengan pegawai JAIS.

“Aina...” tegur Pn. Rahimah lembut. Dia duduk sebelah Aina dan mengenggam tangan Aina lembut.

“Mak cik dah berbincang dengan mak Aina, dan dia pun dah setuju” Pn. Rahimah memulakan bicara. Maknya sudah tahu, Aina jadi hiba.

“Aina kahwin dengan Azrul ye. Ni mak Aina di talian” Pn. Rahimah menghulurkan telefon bimbitnya pada Aina. Aina masih lagi kebingungan, dia mencapai telefon dari tangan Pn. Rahimah.

Tidak banyak yang dapat Aina perkatakan pada maknya. Sukar dia berkata2 dengan tangisan yang seakan2 tidak mahu berhenti, berkali dia memberitahu Pn. Zaleha bahawa dia tidak bersalah. Akhirnya Aina mengangguk lemah dan mengakhiri perbualan dengan emaknya. Pn. Rahimah meninggalkan Aina di situ menenangkan fikiran dan dia mendapatkan suami dan Azrul. Pasti suaminya sudah memberitahu Azrul tapi tiada apa2 reaksi daripada anak bujangnya itu. Dia tidak pasti dengan penerimaan Azrul tapi dia nekad. Azrul & Aina mesti disatukan, dia tidak mahu Aina terlepas ditangan orang lain. Bkn dia tidak perasan pandangan mata Hakimi sewaktu kali pertama melihat Aina dirumahnya dulu. Walaupun majlis akad nikah anaknya nnt bkn dalam keadaan yang diharapkan tapi dia akan membuat majlis kenduri besar-besaran untuk mereka nanti. Sememangnya Aina calon menantu yang dia idamkan.

0 Comments:

Post a Comment