Sunday, August 7, 2011

Pada Hari Lahirku ke 30....


Tanggal 6 Ogos 2011, umur aku cukup 30 tahun. Terima kasih bebanyak pada kawan2 yang menyampaikan ucapan selamat. Semoga korang semua diberkati Allah, Amin...

So, apa yang berlaku pada Hari Lahir aku yang ke 30 ni? En. Suami telah membawa daku berjalan-jalan ke Putrajaya. Apa ada di Putrajaya? Ada pantai. Tak caya ke? Alkisah....


Kul 7.00 pg kitorang dah bertolak dari umah. Kena kluar awal, takut panas plak nnt, tambahan plak badan Hakim tak berapa sihat. Sampai Putrajaya, hari dah panas walaupun belum lagi pukul 8 masa tu tapi takpe, mentari pagi baik untuk kesihatan kulit.... Aku tak nak cerita panjang pasal tempat ni, korang boleh tengok gambar yang aku ambil masa jalan-jalan kat situ. Leh tengok gambarnya disini. Tempatnya diberi nama Taman Rekreasi Air Putrajaya, terletak di Precint 6, bersebelahan dengan Hotel Pullman. Agak menarik tempat ni, boleh masuk dalam senarai tempat-tempat yang boleh dilawati di Putrajaya. Mmmm.....sapa kata Putrajaya takde pantai.

Balik daripada Putrajaya, kitorang meronda-ronda Shah Alam cari baju raya untuk anak-anak. Tu je lah entry kali ni, tengah takde idea nak menulis nih, tambah plak sibuk ngan anak-anak n menyediakan juadah puasa. C U When I C U

0 Comments:

Post a Comment