Sunday, July 24, 2011

Bersih Lagi Suci

Macam Perhimpunan Bersih pun ade jugak

Ni minggu lepas punya cerita, hampir-hampir basi. Ceritanya, aku sekeluarga telah mengikuti Jacob's Walk of Life yang diadakan di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah. Memang la meletihkan buat aku yang dah lama tak join aktiviti fitness macam ni.

Aktiviti ni diadakan pada 17 Julai 2011. Seawal 6 pagi dah kejutkan anak2 bangun. Hafiz pun hairan apsal la dia kena bangun pagi2. Hakim plak releks je kena mandi kul 6 pagi. Kitorang sampai kat Taman Pertanian lebih kul 7.15pg, time ni orang dah ramai, sampai ada yang parking kat umah flat Sek. 8 tu. Jenuh la nak jalan kaki masuk ke Bukit Cerakah. Tapi kitorang selambar je masuk ke dalam cari tempat parking. Yang bestnyer bila ada driver bas yang dengan baik hati tunjukkan tempat parking kat sebelah bas dia. Memang strategik la tempat parking tu, bawah pokok lagi.

Selesai parking, proses pendaftaran plak. Takde wat ape2 pun daftar ni, just bagi no pendaftaran n dapatlah t-shirt. Rasanya aku nyer t-shirt yang paling ok sebab En. Suami punya mcm baju body builder, Hafiz punya memang besar tapi tu lah saiz yang paling kecik pun.

Lepas pendaftaran, kitorang gi kat area perasmian (kot). Dengar la ucapan ntah sapa2 sambil makan biskut Jacob's secara percuma. Time ni la nak test pelbagai jenis biskut Jacob's. Habis sesi ucap mengucap, ada sesi senaman ringan. Maka terlompat-lompat & terkinja-kinja la kitorang kat padang sekejap. Then baru la get ready ke garisan permulaan.

Aku ingatkan tak jauh perjalannya n boleh la ronda-ronda ngan bas masa balik nanti. Sekali...mak kena jalan jauh nyah... Adoila nyer pun haii.... Memang pusing satu Bukit Cerakah. Perjalanan yang agak mencabar bagi aku yang tak fit nih, turun naik bukit. Dulu berkayuh pun aku dah keletihan, inikan pulak berjalan kaki, memang rasa nak merangkak je. Tapi yang buat aku sanggup teruskan perjuangan sehingga ke penamat bila aku tengok nyonya-nyonya n apek-apek yang dah beruban, lebih laju lagi daripada aku yang uban baru belajar-belajar nak keluar ni. Aduss...malu siot..
Hakim yang paling best...

Sampai ke garisan penamat, kena beratur la plak. Kalau diikutkan memang rasa nak balik je trus. Tapi rugi plak kalau balik sebab dapat free gift. Aku beratur separuh jalan je lepas tu En. Suami yang take over. Terima kasih Suamiku.... So kitorang dapat la 3 goodies bag yang setiap satunya ada biskut Jacob's, air mineral, susu Anlene & voucher dari Fitness Club n Mizuno.(Mewah gak...)

Masa tengah beratur tu, aku terdengar la si ibu memarahi anak dia. Kesian budak tu. Ermm...kak, dah nama pun budak kan. Tak payah nak marah-marah kat public. Kita kan sama-sama penat. Upah la anak tu ngan ais krim ke.... Nanti lain kali dia dah serik nak join aktiviti macam ni.... (Cheewah..macam aku ni pandai sangat jaga anak)

Pada aku, aktivit macam ni sangat bagus. Disamping mengeratkan hubugan kekeluargaan, ianya juga baik untuk kesihatan dan yang penting sekali ianya percuma. Next year leh join lagi..

Seperti hari2 yang lalu, Hj. Rahim akan duduk sendirian di pondok buruk ditengah sawahnya. Kicauan merdu burung2 berhampiran pohon mempelam sekitar pondoknya tidak sedikit pun menceriakan hari tuanya. Sepi dan kesunyian, itu dia pasti.

“Pak Long, Adah bawak lepat pisang utk Pak Long, kita minum petang sama2 ye”. Hj. Rahim senym. Sa’adah tahu saja di mana hendak mencarinya. Memang anak yang baik dan boleh diharapkan. Hati kecil Hj. Rahim berbisik.

“Adah pegi rumah Pak Long td, 3 kali bg salam tp tak jawap. Adah dah tau kat mana nak cari Pak Long”, jelas Sa’adah tanpa di pinta. Lantas tangannya meletakkan bekas kuih berisi lepat pisang pemberian ibunya di atas lantai pondok Hj. Rahim. Kemudian mengambil termos air dan segera aroma harum kopi menusuk hidung. Segar.

Hj. Rahim senyum memerhatikan kelincahan Sa’adah melalukan kerjanya. Sa’adah bukan setakat ringan mulut malah tangan dan langkah kakinya juga begitu. Beruntung Hashimah mendapat anak begini. Kalau lah Azizah masih hidup lagi, pastinya layanan yang diterima akan seperti ini. Azizah juga anak yang baik namun usianya tidak panjang. Meninggal pada usia 21 tahun akibat kemalangan jalan raya. Satu keluhan kedengaran.

“Makanlah Pak Long, penat Adah buat. Istimewa untuk Pak Long. Lepas ni belum tentu Pak Long dapat rasa lepat pisang daripada Adah lagi”. Sa’adah menghulurkan lepat pisang pada Hj. Rahim. Pasti Pak Long mengenang kenangan lalu.

“Kenapa? Adah dah tak sudi nak hantar bekal utk Pak Long lagi ke? Kecik hati Pak Long”, Hj. Rahim berjenaka. Cuba menghidupkan suasana.

“Pak Long orang yang kedua adah bagi tau selepas mak. Ada berita gembira ni” Sa’adah masih cuba berteka-teki. Hj. Rahim tetap diam dan tersenyum.

“Adah dapat masuk universiti!” terang Sa’adah.

“Alhamdulillah, syukur. Orang pandailah katakan. Sejak Adah lahir lg Pak Long dah tau. Memang Adah akan masuk universiti satu hari nanti”. Hj. Rahim senyum lagi sambil tangannya mengambil lepat pisang.

“Pandai la Pak Long ni. Mana la Adah pandai sangat. Kalau pandai tak kan Adah kena ambil SPTM dulu. Kawan2 adah yang lain, ramai yang habis SPM terus dapat masuk universiti. Adah jugak yang ketinggalan”, jelas Sa’adah kesayuan.

“Kalau ambik SPTM baru dapat masuk universiti, tak bermakna Adah tak pandai. Bukankah itu akan membuatkan Adah lagi pandai. Banyak ilmu yang Adah dapat masa di tingkatan 6 kan?. Takde beza Adah dengan kawan2 yang lain, sama2 menuntut ilmu”, terang Hj. Rahim.

“Dapat jurusan apa?” sambungnya.

“Bachelor in Social Study in University Technology of MARA, Shah Alam”, jawap Adah lancar.

“Amboi! Belum apa2 lagi dah speaking dengan Pak Long”, tawa kecil Hj. Rahim kedengaran. Terhibur seketika dengan telatah Sa’adah.

“Saja je Adah nak test Pak Long, ingat lagi ke tak zaman kegemilangan Pak Long masa jadi cikgu dulu”, balas Sa’adah.

“Zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan. Pak Long ingat semuanya”.

“Eh! Sorilah Pak Long, jangan terasa. Adah tak sengaja tadi”, Sa’adah memohon maaf apabila menyedari kesilapannya.

“Tak pelah Adah, Pak Long tak kisah”, balas Hj. Rahim perlahan. Sepi.

“Sudah lah tu, Pak Long dah nak balik. Solat Asar pun tak lagi, terlepas pulak karang. Kamulah ni Adah, ajak Pak Long berborak smp tak ingat masa. Lepat pun dah habis kamu makan”, gurau Hj. Rahim. Cuba menghidupkan kembali suasana.

“Eh! Apa pulak Adah yang makan. Adah ambik satu je. Pak Long yang makan semua. Tengok, air kopi pun dah habis Pak Long minum”, balas Sa’adah tidak puas hati.

Hj. Rahim senyum. Lantas dia bangun mengambil kain pelekat lusuhnya di alang pondok. Lalu disangkutkan ke bahu kanan. Sa’adah mula mengemas bekas kuih dan termos air. Dimasukkan satu persatu ke dalam beg plastic yang dibawa bersama tadi.

“Malam ni mak ajak Pak Long makan kat umah tau. Mak kata nak masak special untuk Adah sempena dapat masuk universiti” kata Sa’adah sambil menuruti anak tangga.

“Insya’allah”, balas Hj. Rahim pendek.

Lalu keduanya berjalan beriringan meninggalkan pondok buruk di tengah sawah.

Thursday, July 21, 2011

Kau Kekasihku - 4

Sudah 3 hari Azrul memerap dalam rumah. Badannya seram sejuk dirasakan, dia demam. Azrul demam kerinduan. Setiap saat dia terbayangkan Emma. Bayangan Emma sentiasa di matanya. Kenangan manis bersama Emma menerpa ingatannya satu persatu. Ibunya berjanji akan datang malam ini menghantar bubur nasi untuknya apabila mengetahui dia demam. Sakit juga telinganya mendengar leteran ibunya sebab tak memberitahu tentang keadaannya yang tidak sihat. Dah lama dia tidak merasa bubur nasi ibunya. Terbayangkan bubur nasi, seleranya datang tiba-tiba. Memang dia tak makan apa-apa pun sejak semalam. Seleranya mati apabila terkenangkan Emma.

Ketukan di pintu mengejutkan lamunan. Azrul bangun malas2 dari sofa bersama2 selimut di badan. Pasti ibu sudah sampai, teka Azrul. Terkejut Azrul apabila terpandangkan Aina berdiri tersenyum dimuka pintu bersama2 beg kertas ditangannya.

“ Assalamualaikum..boleh saya masuk?” Aina menyapa dahulu.

“Wa’alaikumussalam, masuklah” Azrul masih lagi terpinga-pinga di muka pintu sambil memandang kiri kanan koridor rumahnya. Rasa malu menerpa dirinya apabila teringatkan yang dia tidak berbaju dan hanya mengenakan boxer sahaja. Aina buat2 selamba.

“Ibu awak tengah cari parking kat bawah tadi, dia suruh saya naik dulu hantarkan makanan. Kejap lagi dia naiklah” kata Aina seperti dapat membaca fikiran Azrul. Aina terus menuju ke dapur setelah dijemput Azrul, meletakkan bekal makanan di atas meja.

Belum pun sempat Azrul duduk, satu lagi ketukan di muka pintu berserta salam. Azrul terdiam seketika, bukan suara ibunya tapi suara lelaki. Sapa pulak yang datang malam-malam ni, Hakimi agaknya, teka Azrul. Dia segera bangun membuka pintu.

“Kami daripada Jabatan Agama Islam Selangor, kami mendapat aduan mengatakan di rumah bernombor B701 terdapat...”

“Tapi rumah saya nombor D701, encik salah blok ni, saya tinggal sorang je kat rumah ni” Azrul memintas apabila menyedari pegawai2 dari JAIS tersalah rumah.

“Tu siapa?” tanya seorang lagi pegawai sambil menunding jari kepada Aina.

“Itu...itu....” Azrul tergagap2. Dia terlupa yang Aina ada dirumahnya ketika itu.

“Boleh kami masuk? Saya nak tengok kad pengenalan dan surat nikah encik dan cik juga” kata pegawai yang mula2 tadi pada Azrul dan Aina. Azrul hanya mengangguk.

“Kami tak buat apa encik, saya cuma hantarkan makanan” kata Aina yang diam sejak tadi. Dia dapat mengagak apa yang bakal berlaku seterusnya. Pasti dia dan Azrul akan dibawa ke pejabat JAIS sebentar lagi.

Memang benar telahan Aina. Dia dan Azrul terpaksa mengikut pegawai2 tersebut ke pejabat JAIS apabila mereka gagal mengemukakan sijil nikah.

Puan Rahimah yang baru sampai pun terkejut dengan apa yang berlaku. Ketika dia sampai tadi, terlihat Aina sedang menangis sambil merayu2 pada pegawai JAIS, Azrul cuba menerangkan perkara yang sebenar kepada pegawai yang lagi satu, tapi tidak diendahkan mereka. Puan Rahimah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh pegawai JAIS, anaknya dan Aina berada dalam keadaan yang mencurigakan. Oleh kerana mereka gagal menunjukkan bukti perkahwinan maka mereka terpaksa dibawa ke pejabat agama. Tapi mahu tak mahu, dia terpaksa mengikut juga kehendak pegawai JAIS.

Sampai di pejabat agama, Aina sudah tidak lagi menangis tapi matanya merah dan bengkak akibat menangis sebentar tadi. Dia termenung teringatkan mak dan adiknya di kampung, pasti mereka malu kalau berita dia ditangkap khalwat tersebar satu kampung. Azrul juga sudah tidak bersuara, kepalanya terasa sakit akibat demam yang tidak kebah2. Baru sebentar tadi Pn. Rahimah dan suaminya tiba dan kini sedang berbincang dengan pegawai JAIS.

“Aina...” tegur Pn. Rahimah lembut. Dia duduk sebelah Aina dan mengenggam tangan Aina lembut.

“Mak cik dah berbincang dengan mak Aina, dan dia pun dah setuju” Pn. Rahimah memulakan bicara. Maknya sudah tahu, Aina jadi hiba.

“Aina kahwin dengan Azrul ye. Ni mak Aina di talian” Pn. Rahimah menghulurkan telefon bimbitnya pada Aina. Aina masih lagi kebingungan, dia mencapai telefon dari tangan Pn. Rahimah.

Tidak banyak yang dapat Aina perkatakan pada maknya. Sukar dia berkata2 dengan tangisan yang seakan2 tidak mahu berhenti, berkali dia memberitahu Pn. Zaleha bahawa dia tidak bersalah. Akhirnya Aina mengangguk lemah dan mengakhiri perbualan dengan emaknya. Pn. Rahimah meninggalkan Aina di situ menenangkan fikiran dan dia mendapatkan suami dan Azrul. Pasti suaminya sudah memberitahu Azrul tapi tiada apa2 reaksi daripada anak bujangnya itu. Dia tidak pasti dengan penerimaan Azrul tapi dia nekad. Azrul & Aina mesti disatukan, dia tidak mahu Aina terlepas ditangan orang lain. Bkn dia tidak perasan pandangan mata Hakimi sewaktu kali pertama melihat Aina dirumahnya dulu. Walaupun majlis akad nikah anaknya nnt bkn dalam keadaan yang diharapkan tapi dia akan membuat majlis kenduri besar-besaran untuk mereka nanti. Sememangnya Aina calon menantu yang dia idamkan.

Anakku Batuk

Kesian aku tengok adik beradik kat umah tu. Dua-dua diserang batuk. Kalau Si Abang tu boleh la aku bagi ubat, yang Si Adik ni camne plak? Umur baru 5 bulan, suara pun dah bertukar macam itik serati.

Maka ibu pun dengan semangatnya berusaha mencari info untuk menghilangkan batuk si anak. Memetik sedikit daripada artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mengenai teknik cupping

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka, jelas Siti Farah"

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik kat sini.

Semalam dah cuba wat tapi macam kurang berjaya mungkin caranya salah kot. Takpe, hari ni ibu cuba lagi.

Yang bestnya, Hafiz semalan ajak pergi hospital sebab katanya dia batuk. Yelah Hafiz, nanti kita gi hospital ye. Hafiz kalau sakit memang senang dijaga, nak makan ubat pun takde masalah. Sedangkan masa dia cirit birit dulu pil chek kit tek aun tu dia bleh kunyah, inikan pulak ubat batuk yang cair tu. Tapi ubat batuk Hafiz agak special skit buatannya sbb made by ibu. Campuran limau kasturi sebiji, madu tualang sesudu n ubat batuk sesudu, sehari dua kali. Cuma pagi ni ibu lupa nak wat ramuan ubat batuk tu untuk Hafiz, I'm sorry.....

Wednesday, July 20, 2011

Di Sini Ku Berjanji

Ntah kenapa hari ni aku jadi jiwang karat plak, terngiang2 lagu Dato' CT ni. Aku suka senikatanya, janji seorang kekasih. Lagu ni ciptaan Azmeer & Senibayan bertajuk Di Sini Kuberjanji...Layannn...


Di sini ku berjanji, Setia keakhir nanti
Berhias ceria atau bias duka, Engkau tetap ku cinta

Di taman syurga ini, Segalanya berakhir
Gugurnya cempaka, Harumnya berlalu
Dan tinggallah ku sendiri, Lagi dihina,
Sedang hatiku masih terluka
Kau bukan seperti, Yang aku kenali
Waktu kita bercinta

Mengapa tak seperti dulu, Di waktu kita bercinta
Sepinya taman ini Sunyilah lagi rintihan tangis di hati
Inginku lenyapkan Namun di kejernihan air
Wajahmu ku terbayang

Tak percaya... kau Berubah sekelip mata
Benarku bagimu salah Mungkin alasan semata
Takkan cinta Hadirnya sekilas cuma
Yakin ku di sudut hati Aku masih kau cintai

Thursday, July 14, 2011

Ape Cer??

Seorang teman lama bertanya, "beb...blog hang xupdate ke? Aduhai teman, aku agak kesibukan di kala ini... Agak sukar rupanya utk meneruskan aktiviti berblog ini. Namun ku teruskan jua, seperti kata pepatah moden, terlajak kereta boleh di U turn, terlajak create blog teruskan jugak...(x sesuai nyah... Mmg perosak bahasa)


Sedikit update daripada aku, dimaklumkan bahawasanya aku telah menjumpai rumah untuk dibeli. Dalam sedikit masa lagi setelah mendapat kelulusan pinjaman maka aku akan berjaya memiliki rumah tersebut. Terseksa hidup aku sepanjang tempoh pencarian, almaklumlah nak cari rumah yang betul2 sesuai dengan kehendak poket bukannya mudah. Tambahan pulak rumah ni ibarat pelaburan di masa hadapan, so kenalah berhati-hati memilih. Kat mana rumah tu?? Biarlah rahsia, bila dah dpt kunci baru ku kasi tau...

So, to my dear friend Nana, this entry aku dedicate kan utk kau.....

;;