Wednesday, March 17, 2010

Kau Kekasihku - 2

Sampai di Shah Alam hampir jam sepuluh malam. Aina merasakan sakit seluruh badan. Sedangkan dia yang muda pun rasa lenguh2, apatah lagi Makcik Rahimah dan Pakcik Lokman yang dah berumur. Sunyi saja keadaan rumah Makcik Rahimah, rumah banglo 2 tingkat di Seksyen 8 ni memang pernah menjadi anganan Aina untuk mendiaminya. Tak sangka angan menjadi kenyataan. Aina memerhati setiap ceruk rumah tersebut. Meneliti gambar2 yang digantung dan yang tersusun di atas meja. Susunan perabot yang teratur, tidak terlalu mewah, sedap mata memandang.

“Duduklah Aina, makcik pergi kemaskan bilik Aina kejap. Aina mesti penat kan” kata Makcik Rahimah.

“Saya tolong makcik la ye” kata Aina.

“Eh..tak payah susah2. Aina tetamu makcik sekarang ni. Biar makcik yang buat. Aina duduk dulu ye”. Balas Makcik Rahimah.

Pakcik Lokman dah menghilangkan diri naik ke atas, letih agaknya. Baru Makcik Rahimah menapak ke tangga, kedengaran suara seseorang dari atas.

“Ibu…..ibu dah balik ye”

“Farhana, mari turun. Jumpa dengan Kakak Aina ni” laung Makcik Rahimah.
Seorang gadis belasan tahun menuruni tangga dengan laju. Bila terpandangkan Aina, gadis tersebut terus tersenyum dan terus menyalami Aina.

“Ni Kakak Aina. Dia akan kerja di butik ibu, jadi dia akan tinggal dengan kita. Hana tolong jerangkan air, ibu nak pergi kemas bilik Kak Aina kejap” terang Makcik Rahimah pada anaknya.

“Ok” balas Hana pendek dan terus menuju ke dapur.

Aina pun turut mengekori Hana ke dapur. Tak selesa rasanya tinggal sorang2. Timbul rasa hairan, mengapa Makcik Rahimah tidak mengambil pembantu rumah. Sedangkan dia orang berada. Hana yang menyedari Aina mengekorinya hanya tersenyum bila Aina memandangnya.

“Kat umah ni memang takde orang gaji kak. Saja ibu tak nak ambil. Katanya nak suruh anak-anak berdikari” kata Hana. Macam tau2 je apa yang aku fikirkan, bisik hati kecil Aina.

“Akak dari mana? Dulu kerja kat mana?” tanya Hana.

“Akak dari Perak, tak pernah kerja lagi. Baru je habis belajar” Jawap Aina

“OO…akak belajar kat mana?” tanya Hana lagi.

“Kat UiTM Shah Alam” jawap Aina sambil tersenyum. Hana mengangguk2 kan kepalanya sambil tersenyum. Ada sesuatu yang sedang difikirkannya.

“Dah la tu Aina, jangan di layan sangat budak Hana tu. Tu terangguk2 tu, ada la rancangannya tu. Dah siap kerja sekolah kau, Hana?” Makcik Rahimah menegur anaknya.

Setelah selesai menukar cadar dan sarung bantal, dia terus turun. Bilik tetamu memang sentiasa dikemasnya. Jadi bila ada tetamu yang datang, tak perlu la dia nak bersusah payah membersihkannya.

Hana tersengih2 menampakkan giginya yang putih dan tersusun cantik.

“Tinggal sikit je lagi. Nak buat nota untuk sejarah. Lepas ni ade la orang nak tolong Hana buat kerja sekolah, ye ibu?” kata Hana dalam tawa sambil menuju ke atas.
Makcik Rahimah mengeleng2 kan kepalanya melihat perangai anak gadisnya itu. Memang ada saja karenah anak bongsunya itu. Dialah pengubat rindu dan teman bersembang bila ayah dan abang2 nya tiada dirumah.

“Kenapa tak duduk kat depan. Pergilah, jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri” kata Makcik Rahimah kemudian.

“Ingat nak tolong buat air tadi” kata Aina

“Ish…jangan mengada2. Duduk je kat depan. Nanti makcik bawak kan air. Pergilah” Makcik Rahimah menolak Aina keluar dari dapur. Aina tiada pilihan, dia berjalan ke ruang tamu. Kelihatan Pakcik Lokman sedang berehat di sofa sambil membaca surat khabar.

“Duduk la Aina. Tak payah nak risaukan makcik kau tu. Dia dah biasa buat kerja sorang2. Bukannya reti duduk diam, tak reti penat agaknya” Pakcik Lokman mengomel apabila terlihatkan Aina yang berdiri memerhati keliling rumahnya.

“Pakcik ade berapa orang anak?” tanya Aina ingin tahu

“Tak ramai, 3 orang je. Yang sulung Akmal, tinggal di Cheras. Dia dah kawin, anak baru sorang. Yang nombor dua Azrul, dia baru balik dari UK 3 bulan lepas. Duduk di Seksyen 13 je. Aina tahu kan? Katanya nak berdikari, tu yang tak duduk serumah. Tapi tiap2 minggu balik sini, berdikari macam mana tu” jelas Pakcik Lokman panjang lebar.
Aina mengangguk2 dan tersenyum kemudian.

“Yang tadi tu anak yang bongsu, Farhana. Aina dah kenal kan? Dia ambil SPM tahun ni. Tu je la kawan bergaduh makcik kau bila pakcik takde di rumah” sambung Pakcik Lokman lagi.

“Hah.. tu mengumpat saya la tu” sergah makcik Rahimah. Di tangannya menatang dulung beserta sepiring kek.

“Mana ada saya mengumpat awak, Aina ni bertanya pasal anak2 kita” balas Pakcik Lokman.

“Minum air ni Aina. Kejap lagi kita ke bilik. Mesti Aina nak berehat” kata Makcik Rahimah sambil menghulurkan air kepadanya dan suaminya.

Selepas mandi baru Aina rasa segar sedikit. Berkurangan lenguh2 di badan. Aina membaringkan diri diatas katil. Bilik yang didiaminya luas dan lengkap serba serbi. Tak seperti bilinya di kampung, hanya ada almari baju dan cermin bulat kecil untuk bersolek. Tiba-tiba Aina teringatkan emaknya di kampung. Mesti mak senang nyenyak tidur sekaran ni, fikir Aina. Sedangkan maknya di kampung juga memikirkan perkara yang sama tentang Aina.

Entah bila dia tidur pun Aina tidak ingat.

*****
Keesokan hari Aina mengikut Makcik Rahimah ke butiknya, Hana pun ikut serta. Pakcik Lokman tidak mengikut kerana pergi bermain golf bersama rakan perniagaanya selepas sarapan pagi tadi. Butik Makcik Rahimah yang terletak di Plaza Alam Sentral tidaklah sebesar mana, tapi terdapat banyak pakaian pelbagai warna dan rekaan ada dibutiknya. Kebanyakannya baju kurung dan kebaya. Butik Makcik Rahimah juga mengambil tempahan pakaian. Dibutik tersebut hanya ada seorang sahaja pekerja, Kak Iffa. Perut yang sedang membuncit memberi tanda yang dia akan bersalin tidak lama lagi.

Aina pernah datang ke butik Makcik Rahimah sebelum ini. Itupun kerana mengikut sahabatnya Erin membeli pakaian untuk majlis makan malam fakultinya. Harganya tidakla mahal sangat kata Erin, RM150 sahaja. Mungkin bagi Erin RM150 tu sedikit sebab sememangnya Erin datang dari golongan orang yang agak berada. Tapi bagi Aina, RM150 tu cukup untuk belanjanya sebulan.

Setelah melihat keadaan sekeliling butik, Makcik Rahimah mengajaknya ke meja kerja di belakang butik. Hana dah lama mengilangkan diri, ke kedai handphone katanya. Makcik Rahimah menerangkan tugas-tugas yang akan dia lakukan di butik tersebut. Menunjukkan fail-fail yang tersusun di rak dan cara-cara menerima tempahan. Aina mendengar penerangan Makcik Rahimah dengan tekun. Dia tidak mahu mengambil mudah pekerjaan tersebut. Aina akan memulakan tugasnya esok. Kak Iffa dijangka bersalin dua minggu lagi tapi dia mohon untuk bercuti seminggu lebih awal. Jadi Aina akan menggantikan tempat Kak Iffa tidak lama lagi.

Selepas melihat-lihat keadaan sekeliling, Makcik Rahimah mengajak Aina ke pasar basah di Seksyen 6. Ada orang nak balik makan dirumah katanya. Aina hanya menurut. Makcik Rahimah memang suka memasak, tiap-tiap hari ibu akan ke pasar membeli barang2 memasak kata Hana.

Malam itu orang yang dinanti pun tiba. Waktu itu Aina sedang bersendirian mengambil angin malam diluar setelah siap membantu Makcik Rahimah memasak tadi. Sebuah kereta Honda City masuk dan parkir di halaman rumah. Aina yang sedang asyik melihat ikan-ikan koi yang berenang di kolam buatan Makcik Rahimah tersentak melihat kereta yang meluru masuk. Kereta tersebut menarik minatnya kerana ianya memang kereta idaman Aina. Dari perut kereta keluar dua orang pemuda. Salah seorangnya seperti pernah dilihat sebelum ini. Mereka berdua terus menuju ke muka pintu dan memberi salam. Aina menjawap salam tersebut. Kedua-duanya kelihatan terkejut melihat Aina keseorangan di luar. Pasti tidak perasankannya semasa mula-mula sampai tadi. Aina senyum kearah mereka, dan salah seorangnya membalas senyumannya tapi yang seorang lagi memandangnya dengan kehairanan. Kereknya betul mamat ni, gumam Aina dalam hati.

“Hah! Sampai pun abang. Abang Kimi pun ada. Masuklah, ibu ada kat dapur. Nanti Hana panggilkan” tegur Hana apabila nampak kedua-duanya di muka pintu.

“Lambat hari ni” kata Makcik Rahimah yang baru muncul dari dapur.

“Nilah si Hakimi ni. Nak ajak keluar gi shopping la, itulah inilah. Last2 satu apa pun tak buat. Payah2 sgt Rul bawak je dia datang sini. Nak buat keputusan macam perempuan, tak tetap hati” bebel Azrul pada Hakimi. Hakimi hanya tersengih macam kerang busuk, bukannya dia tak kenal Azrul. Dah lali dengan bebelan Azrul, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Jomlah kita makan, ayah kau dah lapar dah tu. Nak dekat pukul 9 dah ni. Hana, pergi panggil Kak Aina, kita makan sekali” kata Makcik Rahimah.

Hana pergi mendapatkan Aina diluar dan mereka beriringan ke dapur. Dari jauh Hakimi memerhatikan Aina. Cunnya, tak kan makcik ambil budak cun macam ni jadi maid kot. Kalau macam ni punya cun, hari-hari aku balik rumah makan nasi, kata Hakimi dalam hati.

“Aina, yang ini anak makcik Azrul. Yang tu pulak kawan pejabat dia Hakimi” Makcik Rahimah memperkenalkan Aina dengan Azrul dan Hakimi. Hakimi masih lagi dengan sengihnya dan Azrul pula dengan muka selambanya. Aina seperti biasa, tak lokek dengan senyuman.

“Aina akan tolong mak di butik. Dia anak kawan mak dari kampung” jelas Makcik Rahimah lagi serba ringkas.

Azrul tidak berminat nak ambil tahu tentang Aina. Fikirannya lebih teringat Emma yang berada di UK. Entah kenapa kekasihnya itu sepi tanpa berita. Dia pasti tidak lama lagi Emma akan pulang ke tanah air, itu janji Emma padanya. Mereka memang berjanji akan pulang bersama tapi di saat-saat akhir Emma mengubah rancangan. Katanya ada urusan yang belum selesai di UK dan dia terpaksa pulang ke Malaysia sendirian. Baru 3 bulan mereka berpisah, Emma seakan telah lupa tentang dirinya. SMS dan email yang dihantar tidak dibalas, talian juga tidak dapat dihubungi. Pening dan kecewa Azrul memikirkan sikap Emma. Dia tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan, dia yakin pada Emma. Cinta yang dibina selama 6 tahun takkan mudah diruntuhkan begitu sahaja.

Hakimi pula dari tadi asyik memerhatikan Aina sehingga membuatkan Aina tak senang duduk. Hakimi teringat pesan emaknya di kampung, menyuruh dia cepat2 bawakan menantu. Nampaknya menantu yang dinanti emaknya telah tiba.

Selepas makan malam masing-masing duduk di ruang tamu. Tinggal Aina seorang di dapur, membasuh dan mengemas dapur. Kemudian dia membancuh air teh O nipis dan memotong buah betik yang dibeli Makcik Rahimah petang tadi. Selesai itu dia membawa air dan buah tersebut ke ruang tamu. Sesudah menuang air ke dalam cawan, Aina meminta diri untuk naik ke bilik, dia rasa segan berada disitu lama-lama. Makcik Rahimah seperti mengerti kerana tidak menghalangnya seperti selalu. Aina mahu tidur awal, esok dia akan mula bekerja.

Azrul dan Hakimi pulang jam 11.00 malam. Masing-masing membisu seribu bahasa sepanjang perjalanan. Azrul masih lagi memikirkan hal kekasih hatinya dan Hakimi memikirkan Aina, bakal kekasih hatinya, angan Hakimi. Azrul menghantar Hakimi pulang ke Seksyen 9 dan dia terus pulang ke apartmentnya. Rindunya Azrul pada Emma tidak dapat digambarkan lagi. Tidak pernah dia berpisah sebegini lama dengan Emma tanpa khabar berita. Sihatkah Emma di sana? Harap-harap tiada perkara yang tidak baik menimpanya.

0 Comments:

Post a Comment