Tuesday, March 16, 2010
Bekalan elektrik yang terputus sebentar tadi bagai memberi peluang pada Malik untuk melaksanakan niat jahatnya. Aina merayu namun rayuannya menjadikan bapaknya lebih menggila. Aina berdoa dalam hati agar emak atau Aizat segera pulang. Emaknya baru saja keluar ke kedai mencari lilin. Aizat pula belum pulang lagi dari surau sejak Maghrib tadi, pasti dia terus solat Isyak berjemaah.
“Dah lama aku berhajat, dulu kau tak bagi tp sekarang aku pasti dapat tunaikan hajat aku. Kau tu anak aku, kau kena ikut cakap aku” kata Malik kasar diringi dengan tawa. Malik betul2 dirasuk syaitan.
“Tolonglah bapak, jangan buat Aina macam ni. Ingat Tuhan bapak” rayu Aina dalam tangisannya.
“Kau balik tak bagi tau aku, klau tak boleh aku sambut kau dengan pulut kuning”. Tawa Malik makin galak. Dia tahu tiada siapa di rumah, dia yakin hajatnya akan tertunai. Malik sudah tak peduli, bila nafsu sudah menguasai diri, dia tak kisah biar pun anak sendiri.
Malik makin dekat dengan Aina, bau arak menusuk ke lubang hidung. Aina sudah tak mampu berdiri, dia pasti kakinya terseliuh ketika cuba melarikan diri dari bapanya tadi. Malik mencapai kain batik yang dipakai Aina, terselak menampakkan kaki. Biar pun dalam gelap tapi rupa paras Aina yang putih melepak tetap jelas. Anaknya itu memang menjadi siulan orang, mewarisi kecantikan ibunya.
“Abang!!!” Jerit Zaharah. Syukur, mak dah balik, bisik Aina dalam hati. “Apa yang abang nak buat ni?” Jerit Zaharah lagi sambil memukul belakang Malik.
“Ah! Kau diam, kau tu dah tua. Dah tak bergetah lagi” Jerit Malik pada Zaharah sambil menolak Zaharah ke dinding. Zaharah jatuh.
“Mak!!” Jerit Aina. “Mak bangun mak, tolong Aina mak” Rayu Aina pada emaknya. Zaharah cuba bangun tapi tak berdaya. Badan tuanya dah tak mampu melawan Malik tp Aina mesti diselamatkan.
Tiba-tiba satu pukulan mengenai belakang kepala Malik. Malik jatuh tertiarap. Dia menoleh kebelakang.
“Cis! Anak tak guna, tak sedar diri”, tengking Malik.
“Aku takde bapak macam kau ni, binatang” Aizat membalas. Ditangannya ada sebatang kayu sebesar penumbuk. Malik tahu dia tak boleh nak melawan Aizat. Badan anak lelakinya lebih besar dan tegap daripadanya.
“Keluar kau dari sini! Keluar!” tengking Aizat lagi. Malik bingkas bangun, dia tidak mahu dibelasah oleh anaknya sendiri.
“Takpe, hari ni kau selamat. Kau tunggu la!” kata Malik sambil memandang Aina dan terus keluar. Aizat mengekori Malik ke muka pintu, dia mahu memastikan Malik pergi jauh dari rumah tersebut. Entah angin apa yang membawa Malik balik ke rumah malam ni, dah 4 bulan Malik tak pulang. Mungkin berita kepulangan kakaknya telah sampai ke telinganya. Aizat mengharapkan Malik tidak pulang lagi ke rumah. Mahu saja dia membelasah Malik tadi, tapi akalnya masih waras lagi. Tapi andai Malik tidak beralah tadi, Aizat tidak pasti dengan kesudahannya.
Aina masih dalam esak tangisnya. Dia mengesot mendapatkan emaknya. Memeluk emaknya, memastikan emaknya dalam keadaan baik.
“Mak tak apa-apa ke?” Tanya Aina.
“Jangan risau. Mak takde apa2, Cuma terantuk je sikit tadi” balas emaknya.
“Takpelah mak, nasib baik mak ngan Aizat cepat balik, kalau tidak…..” Aina tak mampu meneruskan kata2, dia menangis lagi. Zaharah turut sama menangisi nasib Aina. Ini bukan kali pertama Malik cuba melakukan perkara terkutuk tersebut pada Aina. Tapi tiap kali Aina sempat diselamatkannya. Nasib Aina di masa akan datang tidak pasti lagi. Terngiang2 kata2 Malik sebentar tadi, Malik pasti akan kembali menuntut sesuatu yang bukan haknya.
Tak lama kemudia bekalan elektrik bersambung semula. Aina dapat lihat kakinya bengkak, pasti terseliuh sebab terjatuh tadi.
“Malam ni Aina tidur dengan mak ye” kata Aina. Zaharah mengangguk sambil tersenyum. Aina memang anak yang manja.
“Sudah la Aizat, tutup pintu tu. Kita makan dulu ye” kata Zaharah. Dia tahu anak lelakinya itu pasti tidak akan tidur malam ni. Aizat akan berkawal semalaman bagi memastikan Malik tidak datang kembali.
*****
Usai solat subuh Aina membantu emaknya di dapur menyediakan sarapan. Memang dia dah biasa tidak tidur selepas subuh. Masa di hostel dulu pun dia mengambil kesempatan mengulangkaji selepas subuh. Suasana sunyi dan tenang sebegitu memudahkan Aina mengingati bacannya. Bau harum nasik lemak menusuk2 hidungnya. Dah lama tak merasa nasi lemak buatan ibunya. Nasi lemak dihostel dulu tidak la sesedap mana, tapi itu sahaja pilihan yang ada. Aina memang tak cerewet orangnya, dia dah biasa hidup susah. Dia ingat pesanan ibunya, bersyukur dengan apa yang ada, dapat hidup di dunia ni adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Memang Aina kurang berbelanja di luar, duit pinjaman PTPTN yang diterimanya digunakan sebaik-baiknya, beli hanya yang perlu.
Selepas sarapan Aina mengemas rumahnya yang berselerak. Emaknya seperti biasa sedang menyiapkan baju kurung yang ditempah. Duit upah itulah yang menjadi rezeki keluarganya. Aizat pula pasti sudah ke kebun Pak Ngah Zali. Aizat mengambil upah membersihkan kebun dan menyembur racun. Saja nak cari duit buat belanja sendiri katanya. Aizat memang pandai berdikari dan tidak pernah menyusahkan emak, malah menjadi pelindung menggantikan bapanya.
Setelah penat mengemas, Aina ke dapur membancuh air teh o nipis kegemaran ibunya. Sambil meneman ibunya menjahit, sesekali Aina bertanya itu ini pada ibunya. Kisah malam tadi bagai tidak pernah berlaku. Samada Aina atau emaknya, masing-masing ingin melupakan kisah ngeri malam tadi.
Sedang mereka leka bersembang, tiba-tiba ada sebuah kereta mewah masuk ke halaman rumahnya. Mungkin ada orang sesat jalan agaknya, fikir Aina. Pintu kereta sebelah kanan dibuka. Keluar seorang perempuan yang hampir sebaya usia ibunya. Dari gaya pemakaian memang melambangkan perempuan tersebut seorang yang berada.
“Siapa Aina?” tanya emaknya.
“Entah lah, sesat jalan kot” balas Aina.
Emaknya bangun menuju ke muka pintu. Terpandangkan sahaja muka perempuan tadi, Zaharah rasa tersenyum gembira. Perempuan tadi pun tersenyum juga. Kenal ke mak ngan orang ni, bisik Aina dalam hati.
Ibunya telah turun ke halaman mendapatkan perempuan tersebut, mereka perpelukan. Aina pergi mendapatkan emaknya, bersalaman dengan perempuan tersebut dan lelaki yang memandu kereta mewah tersebut. Zaharah menjemput mereka naik dan bersembang2 di rumah.
“Dah lama tak balik ke kampung ni, hampir sesat jalan tadi. Ingatkan dah salah rumah tadi, kan bang” kata perempuan tadi. Suaminya hanya senyum dan menangguk2 sahaja. “Yang ini Aina ke? Wah! Dah besar sekarang, cantik macam mak nya jugak” sambungnya lagi.
Cantik ke aku ni, bisik Aina dalam hati. Dia tersenyum malu, bukan kali pertama dia terima pujian sebegitu.
“Aina, ni Makcik Rahimah. Kawan mak masa kecik2. Dulu dia tinggal di kampung ni, lepas kahwin terus ikut Pakcik Lokman ke Shah Alam” jelas Zaharah pada Aina. Kali ni giliran Aina pula mengangguk macam burung belatuk.
“Mak ngan makcik berbual la dulu. Aina gi buat air kejap” kata Aina. Mereka mengangguk serentak dan Aina terus bangun berlalu ke dapur.
Sedang Aina menyiapkan minuman, Aizat pun balik dan terjengul di muka pintu dapur. Peluh penuh membasahi muka dan bajunya. Aina menghulurkan air pada Aizat. Aina meletakkan cawan2 dan piring minuman beserta sepiring biskut ke dalam dulang.
“Siapa tu kak?” Tanya Aizat.
“Kawan mak” balas Aina pendek.
“Ooo…ingatkan orang datang meminang akak tadi” gurau Aizat sambil tersenyum2.
“Pandai la kau, Jat” jeling Aina sambil tersenyum pada adiknya.
“Akak tolong ambilkan kain tuala jap” kata Aizat kemudian. Seronok dapat mengusik kakaknya, dah lama dia tak bergurau dengan Aina sejak kakaknya sambung belajar ke UiTM dulu. Sekarang setelah tamat pengajian, kakaknya pulang ke kampung sambil menunggu panggilan temuduga. Aizat lebih suka kakaknya tidak duduk di rumah ni, dia pasti kakaknya tidak selamat di rumah ini. Bukannya dia tak sayang dan rindu pada Aina tp kerana sayangkan Aina, dia mahu kakaknya itu berada jauh dari rumah ini.
Selepas menghulurkan tuala pada Aizat, Aina meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Tak baik membiarkan tetamu menunggu lama, teringat pesan maknya dulu. Dari dapur kedengaran suara emak, Makcik Rahimah dan Pakcik Rahim bersembang. Sesekali diselangi dengan gelak tawa, dah lama tak dengar mak ketawa gembira macam tu. Aina senyum sendirian dan menatang dulang air. Dihulurkan satu persatu pada emak dan tetamu yang hadir. Makcik Rahimah menyenangi sifat Aina, sentiasa tersenyum dan lemah lembut. Memang saling tak sumpah seperti ibunya. Boleh buat calon ni, bisiknya di dalam hati.
“Jemput la minum” Kata Zaharah, mematikan anganan Rahimah sebentar tadi.
“Tengahari ni makan la kat sini ye, boleh kita buat asam pedas sayur keladi sama-sama” kata emak kemudian.
“Tak menyusahkan ke? Kami ni nak singgah sekejap je sebenarnya” kata Pakcik Lokman pula.
“Tak susah pun, lagipun bukannya nak kena beli keladi tu, dah memang ada kat belakang. Nanti boleh rasa air tangan anak dara saya pulak” kata Zaharah. Emak ni pandai2 pulak nak suruh aku masak, kata Aina dalam hati. Asam pedas keladi memang kegemaran Aina dan cara memasaknya pun dah memang siap terhafal dalam kepalanya.
“Boleh jugak tu, dah lama tak rasa asam pedas keladi kau, Zah. Tapi kalau anak dara yang masak, agaknya lebih sedap kot” gurau Makcik Rahimah disambut dengan gelak tawa dari mak dan Pakcik Lokman. Aina hanya tersenyum, merah padam mukanya tika itu.
“Bila adik kau balik nanti, kau suruh dia ambilkan keladi kat belakang tu ye. Dah pukul sebelas dah ni, lambat pulak dia balik hari ni” kata mak setelah tawanya reda.
“Jat dah balik dah tadi, tengah mandi. Nanti Aina suruh dia ambilkan. Aina ke dapur dulu la ye mak, makcik, pakcik” balas Aina kemudian. Tak sanggup dia duduk lama2 di situ. Takut koyak pulak kain batik yang dipakainya kalau asyik dipuji.
Tengahari itu mereka bergotong royong menyediakan makan tengahari. Pakcik Lokman dan Aizat sibuk mengait buah kelapa muda. Emaknya dan makcik Rahimah menyediakan lauk2 dan dia sendiri diberi tugasan menyediakan asam pedas sayur keladi. Kecur liur Aina bila tengok asam pedas tersebut, tak sabar nak makan bersama-sama sambal ikan puyu masakan Makcik Rahimah dan ulam kacang botor yang ditanam emaknya di belakang rumah.
Selera sungguh Aina tengok tetamu dan adiknya makan. Walaupun hidangan tengahari tersebut sederhana sahaja tp 2-3 kali jugak Pakcik Lokman tambah nasi. Makcik Rahimah pulak tak habis2 memuji asam pedas sayur keladi yang dimasaknya. Aina sendiri seronok tengok masakannya laku tengahari itu.
Selesai solat Zohor Aina lihat Pakcik Lokman sedang lena terbaring di beranda rumahnya. Maklumlah, bila perut dah kenyang, mata pun mula lah layu. Mungkin jugak Pakcik Lokman keletihan kerana memandu tadi. Jauh jugak memandu dari KL ke Perak. Emaknya dan Makcik Rahimah masih lagi seronok bersembang. Banyak betul yang dibualkan, dari tadi tak berhenti2. Aina terus ke dapur menjerang air. Setelah air masak dia membancuh air teh O nipis dan membawanya kepada emak dan makcik Rahimah.
“Mak Aina kata, Aina dah habis belajar. Tengah cari kerja ye?” Tanya Makcik Rahimah. Aina hanya menangangguk.
“Susah nak cari kerja sekarang ni tambah2 pulak kalau baru habis belajar. Memang tak boleh nak memilih kerja sangat. Berapa ramai dah makcik tengok budak2 kat bandar tu yang ada diploma atau degree tp kerja kat pasar raya jadi cashier” tambah Makcik Rahimah.
Aina mengangguk lagi. Memang betul pun, kawannya Mila pun sekarang ni kerja sebagai cashier di JB. Aina sendiri dah 3 bulan menganggur, dah banyak jawatan kosong yang di pohon tapi satu pun tiada jawapan.
“Kalau Aina sudi, makcik nak ajak Aina kerja kat butik makcik. Sementara tu bolehla Aina cari kerja lain yang sesuai” Makcik Aina mengusulkan cadangan.
“A’ah…apa salahnya Aina, daripada kau terperap je kat sini. Sekurang-kurangnya boleh kau bayar pinjaman kau tu nanti. Lagipun untuk kebaikan kau jugak” sokong mak
“Aizat setuju kak, untuk kebaikan akak jugak” kata Aizat tiba-tiba. Bila masa Aizat ada dibelakangnya pun dia tak perasan. Aina faham maksud emak dan adiknya itu, untuk kebaikannya.
“Tapi mak…”
“Takde tapi2, macam kau tak biasa duduk berjauhan daripada mak. Lagipun dekat Shah Alam jugak. Dulupun kau belajar kat sana jugak kan. Pasal mak, kau jangan risau. Aizat ada, selama hari ni dia boleh jaga mak. Pergilah, kalau kau duduk kat umah ni je, susah sikit kau nak cari kerja. Kalau kat Bandar adalah jugak pilihan untuk kau nanti” jelas mak panjang lebar.
Aina tak tahu bagaimana nak buat keputusan. Dia belum puas bermanja dengan emaknya, rasa berat hati pula nak tinggalkan emaknya sendiri. Tapi bila terkenangkan ugutan bapanya malam tadi, Aina jadi bimbang dan takut. Apa yang harus dia lakukan? Aina memandang emaknya dan adiknya, keduanya2 mengangguk. Dipandang pula Makcik Rahimah, pun mengangguk dan tersenyum penuh harapan. Dan akhirnya Aina juga mengangguk tanda setuju.
Selepas solat Asar, mereka berangkat pergi. Aina menangis tersedu2 sambil memeluk emaknya. Dulu tidak pulak dia menangis begitu semasa meninggalkan emaknya untuk belajar. Macam2 pesanan yang diterima dari emaknya dan dia juga tak lupa mengingatkan Aizat agar memberitahunya segera andai berlaku apa2 perkara. Aina dirundung kesedihan sepanjang perjalanan ke Shah Alam. Doanya semoga emaknya sentiasa berada dalam keadaan baik. Dia pasti Aizat akan menjaga emaknya sepertimana sebelum ini.