Thursday, January 12, 2012

Hadiah

Salam semua....


10hb Januari ari tu is my beloved bestday. Ponin palo mok cik memikirkan hadiah untuk suami tercinta. Sampai sekarang aku masih belum lagi dapat memikirkan hadiah apa yang aku nak bagi tahun ni. Cari-cari dalam En. Google, adalah jugak hadiah yang aku pikirkan menarik untuk dibeli. Antara hadiah-hadiah untuk lelaki adalah seperti:

  1. Pen
  2. Tali pinggang
  3. Pakaian'
  4. Kasut
  5. Jam tangan
  6. Buku
  7. Wallet
  8. Begpack
  9. Tie
  10. Perfume
  11. Laptop
  12. Cincin
Tu antara hadiah yang biasa orang beli. Tapi bila tengok-tengok balik macam barang-barang hantara pun ada jugak. So, dalam pada aku melihat-lihat, menelek-nelek, mereka-reka hadiah yang sesuai untuk En. Suami. Maka terkeluarlah beberapa idea yang aku rasa agak sesuai untuk aku jadikan hadiah selain daripada yang aku tulis kat atas tu. Idea ni keluar berdasarkan pengalaman hidup bertahun-tahun bersama En. Suami. Antaranya macam:

  1. Spot rim
  2. Tools untuk kereta
  3. Cover moto
  4. Grill
  5. Helmet
Adui! Stress... Selalunya kalau aku nak bagi hadiah kat husben, mesti dia dapat teka hadiah apa. Tahun ni dia kata tak mau teka sebab nak rasa macam mana perasaan bila dapat surprise. Seumur hidup tak pernah rasa surprise, kesian En. Suami. Satu hal lagi aku nak pikir surprise untuk En. Suami. Atau pun susah-susah sangat, aku g tanya En. Suami je....

Friday, January 6, 2012

2012

Salam,


Humang ai!! Lama giler aku tak jenguk blog ni. Asyik melawat blog orang je sampai blog sendiri dah penuh bersemak samun. Boleh wat zoo...

Actually memang banyak perkara yang menyebabkan aku tak mengupdate blog ni. Antara fakto-faktornya adalah seperti ketiadaan masa lapang kerana sibuk menguruskan hal-hal rumah tangga walaupun sebenarnya rumah aku memang takde tangga. Antara lain faktor 'berukband'. Malas nak citer panjang lah pasal benda alah ni. Dan banyak lah alasan yang biasanya diberi oleh anak murid bila kerja sekolah tak siap.

Kehidupan aku sekarang, masih seperti biasa. Takde cerita hebat @ menarik untuk diceritakan sebenarnya. Oleh kerana aku takde cerita menarik hari ni, maka sampai disini ajelah cerita aku pada kali ini. Nanti bila dah takde alasan, aku update lagi.

C U When I C U.

;;