Thursday, November 8, 2012

Keutamaan??

Salam,


Kadang-kadang kita rasa kita ni penting pada orang lain.  Orang akan rasa susah kalau kita takde.  Tapi in the end of day, baru kita sedar yang kita ni bukanlah keutamaan.  Kadang-kadang orang tak kisah pun dengan apa yang kita rasa, orang tak sedar @ lupa dengan pengorbanan-pengorbanan kita.  Kalau kita takde pun, tak kan menjejaskan apa-apa @ mungkin orang lagi suka kalau kita takde.  

Mulalah datang macam-macam rasa, macam-macam soalan kenapa.  Rupa-rupanya kita sendiri yang salah.  Dari mula-mula kita tak ikhlas dengan semua yang kita dah bagi kat orang.  Kita mengharapkan balasan atas semua yang kita dah buat.  

Lepas tu barulah kita ingat kat Dia.  Selama ni, kita selalu lupa dengan Dia.  Malunya dengan Dia.  Bila dah susah baru nak ingat kat Dia.  Tapi untungnya ada Dia, sebab Dia sentiasa ada dengan kita.  Dia kata boleh datang jumpa dia bila-bila masa je.  Kalaupun pernah lupakan Dia, Dia tetap akan terima kita.  Dia adalah segala-galanya.  Dia adalah keutamaan...

Entry kali ni, aku khaskan untuk diri sendiri.  Sesi muhasabah diri....

Wednesday, April 4, 2012

Ujian Allah....

Salam....

Kata orang, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Kata orang setiap kejadian ada hikmahnya. Kata orang, sabar itu sebahagian daripada iman....

Recently, Allah betul2 menguji aku & terutamanya En. Suami. Bermula dari SEG yg mengalami kecederaan di bahagian mata kanan semasa cuba mengelak MyVi yang menukar haluan secara tiba-tiba di Lebuhraya Plus semasa hujan renyai-renyai. Kes ni dah setel, terbang RM500 nak tukar lampu.

Selang beberapa hari lepas tu, lutut En. Suami terpaksa menerima rawatan sebab En. Suami telah melakukan aksi ala-ala Moto GP bagi mengelak seekor biawak yang melintas jalan. Adus...sangat tragis cerita ini. Mesti biawak tu merasa bangga kerana ada jugak hamba Allah yang cedera kerananya. Kes ni pun dah setel, cover moto dah ganti, lutut pun makin pulih. Cuma tak cun je, sebab dah berparut, besar punya....

Tak lama lepas tu, dengan tidak disangka-sangka, En. Suami dapat surat diarahkan bertukar ke Putrajaya. Aduhai...terkedu, tergamam, terkejut & macam2 ter... Why? why? Why? Until know we still dunno why? Memang jadi blur jugaklah 2-3 hari bila dapat berita ni. Unexpected... Tapi takpe, kami terima berita ni dengan hati terbuka. Mungkin ini adalah satu permulaan untuk satu perkara yang baik. So, lepas berfikir dengan lebih matang, aku pun membuat keputusan akan menyusul En. Suami suatu hari nanti ke Putrajaya.

Then a few days lepas dapat surat tukar, En. Suami dapat plak surat yang mengatakan kami bleh duduk kat kuarter sehingga akhir bulan 3. Aduhai...mana nak cari umah dalam masa terdekat, ada masa 2 minggu je. Sangat letih & memenatkan kepala otak bila memikirkan satu-satu hal yang berlaku.

Kalau nak cerita pasal kesusahan yang kitorang sekeluarga alami, memang tak larat nak cerita. Kami sekeluarga pikir yang positif, kalau kami susah, ada lagi keluarga lain yang lebih susah. Ini adalah ujian Allah, kami redha.

Apapun, kami sekeluarga nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan sokongan. Kepada tuan rumah yang baik hati bagi kami sewa rumah. Keluarga yang sentiasa bersama. Kawan-kawan yang tolong angkat barang, terima kasih atas penat lelah korang. Kami sekeluarga mendoakan semoga budi baik kalian akan mendapat balasan yang setimpal.

Alhamdulillah....sekarang ni semuanya dah ok. Rumah sewa dah dapat, anak-anak dah ada pengasuh, En. Suami gembira di tempat baru & kami sedang menyesuaikan diri di rumah baru. Barang-barang banyak lagi yang tak bersusun, pelan-pelan kayuh. So, sapa yang kurang kerja tu, jemput la datang umah, tolong mengemas.

Till then, cu when i cu.

Monday, March 5, 2012

Awak Suka Saya Tak??

Salam,

Tengok tajuk post kali, awak suka saya tak?? Suka la..please..please... Entry kali ni aku bukan nak merayu minta korang suka kat aku, sebab aku tau korang memang suka kat aku (ke perasaan aku je tu?). Sebenarnya aku nak review satu novel yang aku beli lebih kurang sebulan yang lepas. Apa yang istimewanya sangat novel ni sampai aku nak wat review?

Pada aku novel ni sangat2 istimewa. Buku ni aku dah baca hampir sebulan tapi auranya masih terasa sampai sekarang. Novel karya Melur Jelita. Buku ni banyak memberi pengajaran, membuatkan aku berfikir, mengingatkan aku, menyedarkan, menginsafkan & banyak lagi lah yang sewaktu dengannya. Buku ni mengisahkan tentang percintaan di antara Hilman Yong seorang mualaf & Intan Zulaikha. Susah sebenarnya aku nak gambar dengan kata2. Bila baca, hati & perasaan aku sentiasa bergelora. Bait2 kata yang tertulis, rasa macam nak hafal sebijik2. Indahnya peribadi Hilman Yong, seorang mualaf yang mengajar Intan Zulaikha yang semestinya sudah Islam sejak lahir. Percintaan mereka berlandaskan Islam, bercinta kerana Allah & Rasulnya. Sebelum mereka dapat berkahwin, banyak halangan2 yang ditempuhi. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana kan..

Banyak babak2 yang aku tak boleh lupa, sentiasa teringat2 & terkenang2. Menangis tu sudah semestinya lah. Aku sangat2 dapat merasai apa yang Intan rasa bila dia kehilangan Hilman. Pastu bila dah jumpa terpaksa wat2 macam tak kenal, macam xde apa2. Aduh...sakitnya perasaan itu. Aku boleh rasa, kasih & sayang Hilman pada Intan, mengunung tingginya tapi kasih & sayangnya pada Allah & Rasul lebih tinggi. Aku dapat rasa betapa manisnya saat2 percintaan dorang, very lovely couple. Bahagianya jadi Intan Zulaikha..... Adegan Hilman makan makanan Intan semasa Intan sedang makan bersama2 Lily & Azad sangat melucukan. Terbayang wajah Lily & Azad yang terkejut...lawak2. Pastu babak bila Intan nak larikan diri dari Hilman bila dia sedar Hilman dah pulih dari hilang ingatan, hati aku terjerit2 kat Intan kata, jangan lari, jangan lari...tunggu Hilman balik... Banyak la babak2 lain yang menarik. Ayat2 dalam novel ni memang menyentuh jiwa.

Macam2 perasaan ada dalam novel ni. Kejap2 tersengih2 macam kerang busuk, ketawa terkukik-kukik pastu lari menyorok sebab nak cover air mata yang tengah berjurai2. Dah la aku baca kat ofis, (bos xde masa ni) pastu member2 dok tanya apsal aku menangis. Sengal betul... Perangai Intan sedikit sebanyak ada jugak dalam diri aku ni, tu kadang2 rasa macam sendiri makan cili sendiri terasa pedasnya. Peribahasa baru pun ada jugak "kera tampar mata", korang pernah dengar?

Aku rasa buku ni ramai orang patut baca. Bukan sekadar novel kosong, banyak ilmu yang ada. Bila dah abis baca, rasa macam nak baca lagi. Tahniah & terima kasih pada penulisnya kerana berjaya menulis karya sebegini. Kalau korang peminat novel, korang patut beli novel ni. Percayalah cakap aku...

p/s: korang nak cari Hilman tak? Baca kat sini

Thursday, January 12, 2012

Hadiah

Salam semua....


10hb Januari ari tu is my beloved bestday. Ponin palo mok cik memikirkan hadiah untuk suami tercinta. Sampai sekarang aku masih belum lagi dapat memikirkan hadiah apa yang aku nak bagi tahun ni. Cari-cari dalam En. Google, adalah jugak hadiah yang aku pikirkan menarik untuk dibeli. Antara hadiah-hadiah untuk lelaki adalah seperti:

  1. Pen
  2. Tali pinggang
  3. Pakaian'
  4. Kasut
  5. Jam tangan
  6. Buku
  7. Wallet
  8. Begpack
  9. Tie
  10. Perfume
  11. Laptop
  12. Cincin
Tu antara hadiah yang biasa orang beli. Tapi bila tengok-tengok balik macam barang-barang hantara pun ada jugak. So, dalam pada aku melihat-lihat, menelek-nelek, mereka-reka hadiah yang sesuai untuk En. Suami. Maka terkeluarlah beberapa idea yang aku rasa agak sesuai untuk aku jadikan hadiah selain daripada yang aku tulis kat atas tu. Idea ni keluar berdasarkan pengalaman hidup bertahun-tahun bersama En. Suami. Antaranya macam:

  1. Spot rim
  2. Tools untuk kereta
  3. Cover moto
  4. Grill
  5. Helmet
Adui! Stress... Selalunya kalau aku nak bagi hadiah kat husben, mesti dia dapat teka hadiah apa. Tahun ni dia kata tak mau teka sebab nak rasa macam mana perasaan bila dapat surprise. Seumur hidup tak pernah rasa surprise, kesian En. Suami. Satu hal lagi aku nak pikir surprise untuk En. Suami. Atau pun susah-susah sangat, aku g tanya En. Suami je....

Friday, January 6, 2012

2012

Salam,


Humang ai!! Lama giler aku tak jenguk blog ni. Asyik melawat blog orang je sampai blog sendiri dah penuh bersemak samun. Boleh wat zoo...

Actually memang banyak perkara yang menyebabkan aku tak mengupdate blog ni. Antara fakto-faktornya adalah seperti ketiadaan masa lapang kerana sibuk menguruskan hal-hal rumah tangga walaupun sebenarnya rumah aku memang takde tangga. Antara lain faktor 'berukband'. Malas nak citer panjang lah pasal benda alah ni. Dan banyak lah alasan yang biasanya diberi oleh anak murid bila kerja sekolah tak siap.

Kehidupan aku sekarang, masih seperti biasa. Takde cerita hebat @ menarik untuk diceritakan sebenarnya. Oleh kerana aku takde cerita menarik hari ni, maka sampai disini ajelah cerita aku pada kali ini. Nanti bila dah takde alasan, aku update lagi.

C U When I C U.

;;