Wednesday, April 4, 2012

Ujian Allah....

Salam....

Kata orang, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Kata orang setiap kejadian ada hikmahnya. Kata orang, sabar itu sebahagian daripada iman....

Recently, Allah betul2 menguji aku & terutamanya En. Suami. Bermula dari SEG yg mengalami kecederaan di bahagian mata kanan semasa cuba mengelak MyVi yang menukar haluan secara tiba-tiba di Lebuhraya Plus semasa hujan renyai-renyai. Kes ni dah setel, terbang RM500 nak tukar lampu.

Selang beberapa hari lepas tu, lutut En. Suami terpaksa menerima rawatan sebab En. Suami telah melakukan aksi ala-ala Moto GP bagi mengelak seekor biawak yang melintas jalan. Adus...sangat tragis cerita ini. Mesti biawak tu merasa bangga kerana ada jugak hamba Allah yang cedera kerananya. Kes ni pun dah setel, cover moto dah ganti, lutut pun makin pulih. Cuma tak cun je, sebab dah berparut, besar punya....

Tak lama lepas tu, dengan tidak disangka-sangka, En. Suami dapat surat diarahkan bertukar ke Putrajaya. Aduhai...terkedu, tergamam, terkejut & macam2 ter... Why? why? Why? Until know we still dunno why? Memang jadi blur jugaklah 2-3 hari bila dapat berita ni. Unexpected... Tapi takpe, kami terima berita ni dengan hati terbuka. Mungkin ini adalah satu permulaan untuk satu perkara yang baik. So, lepas berfikir dengan lebih matang, aku pun membuat keputusan akan menyusul En. Suami suatu hari nanti ke Putrajaya.

Then a few days lepas dapat surat tukar, En. Suami dapat plak surat yang mengatakan kami bleh duduk kat kuarter sehingga akhir bulan 3. Aduhai...mana nak cari umah dalam masa terdekat, ada masa 2 minggu je. Sangat letih & memenatkan kepala otak bila memikirkan satu-satu hal yang berlaku.

Kalau nak cerita pasal kesusahan yang kitorang sekeluarga alami, memang tak larat nak cerita. Kami sekeluarga pikir yang positif, kalau kami susah, ada lagi keluarga lain yang lebih susah. Ini adalah ujian Allah, kami redha.

Apapun, kami sekeluarga nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan sokongan. Kepada tuan rumah yang baik hati bagi kami sewa rumah. Keluarga yang sentiasa bersama. Kawan-kawan yang tolong angkat barang, terima kasih atas penat lelah korang. Kami sekeluarga mendoakan semoga budi baik kalian akan mendapat balasan yang setimpal.

Alhamdulillah....sekarang ni semuanya dah ok. Rumah sewa dah dapat, anak-anak dah ada pengasuh, En. Suami gembira di tempat baru & kami sedang menyesuaikan diri di rumah baru. Barang-barang banyak lagi yang tak bersusun, pelan-pelan kayuh. So, sapa yang kurang kerja tu, jemput la datang umah, tolong mengemas.

Till then, cu when i cu.

;;