Monday, March 5, 2012

Awak Suka Saya Tak??

Salam,

Tengok tajuk post kali, awak suka saya tak?? Suka la..please..please... Entry kali ni aku bukan nak merayu minta korang suka kat aku, sebab aku tau korang memang suka kat aku (ke perasaan aku je tu?). Sebenarnya aku nak review satu novel yang aku beli lebih kurang sebulan yang lepas. Apa yang istimewanya sangat novel ni sampai aku nak wat review?

Pada aku novel ni sangat2 istimewa. Buku ni aku dah baca hampir sebulan tapi auranya masih terasa sampai sekarang. Novel karya Melur Jelita. Buku ni banyak memberi pengajaran, membuatkan aku berfikir, mengingatkan aku, menyedarkan, menginsafkan & banyak lagi lah yang sewaktu dengannya. Buku ni mengisahkan tentang percintaan di antara Hilman Yong seorang mualaf & Intan Zulaikha. Susah sebenarnya aku nak gambar dengan kata2. Bila baca, hati & perasaan aku sentiasa bergelora. Bait2 kata yang tertulis, rasa macam nak hafal sebijik2. Indahnya peribadi Hilman Yong, seorang mualaf yang mengajar Intan Zulaikha yang semestinya sudah Islam sejak lahir. Percintaan mereka berlandaskan Islam, bercinta kerana Allah & Rasulnya. Sebelum mereka dapat berkahwin, banyak halangan2 yang ditempuhi. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana kan..

Banyak babak2 yang aku tak boleh lupa, sentiasa teringat2 & terkenang2. Menangis tu sudah semestinya lah. Aku sangat2 dapat merasai apa yang Intan rasa bila dia kehilangan Hilman. Pastu bila dah jumpa terpaksa wat2 macam tak kenal, macam xde apa2. Aduh...sakitnya perasaan itu. Aku boleh rasa, kasih & sayang Hilman pada Intan, mengunung tingginya tapi kasih & sayangnya pada Allah & Rasul lebih tinggi. Aku dapat rasa betapa manisnya saat2 percintaan dorang, very lovely couple. Bahagianya jadi Intan Zulaikha..... Adegan Hilman makan makanan Intan semasa Intan sedang makan bersama2 Lily & Azad sangat melucukan. Terbayang wajah Lily & Azad yang terkejut...lawak2. Pastu babak bila Intan nak larikan diri dari Hilman bila dia sedar Hilman dah pulih dari hilang ingatan, hati aku terjerit2 kat Intan kata, jangan lari, jangan lari...tunggu Hilman balik... Banyak la babak2 lain yang menarik. Ayat2 dalam novel ni memang menyentuh jiwa.

Macam2 perasaan ada dalam novel ni. Kejap2 tersengih2 macam kerang busuk, ketawa terkukik-kukik pastu lari menyorok sebab nak cover air mata yang tengah berjurai2. Dah la aku baca kat ofis, (bos xde masa ni) pastu member2 dok tanya apsal aku menangis. Sengal betul... Perangai Intan sedikit sebanyak ada jugak dalam diri aku ni, tu kadang2 rasa macam sendiri makan cili sendiri terasa pedasnya. Peribahasa baru pun ada jugak "kera tampar mata", korang pernah dengar?

Aku rasa buku ni ramai orang patut baca. Bukan sekadar novel kosong, banyak ilmu yang ada. Bila dah abis baca, rasa macam nak baca lagi. Tahniah & terima kasih pada penulisnya kerana berjaya menulis karya sebegini. Kalau korang peminat novel, korang patut beli novel ni. Percayalah cakap aku...

p/s: korang nak cari Hilman tak? Baca kat sini

;;